BAB 49

5K 128 3
                                    

Berkerut dahi Azril bila mata Raisha sembab. Gadis itu menangis? Tapi kerana apa?.

"Sayang, kenapa mata sembab ni?" Soal Azril.

"Kau diamlah!" Terkejut Azril bila ditengking oleh Raisha. Dia perlu sabar dengan sifat Raisha sekarang.

"Abang tanya ja sayang." Terteleng wajah Azril bila ditampar oleh Raisha. Kebas pipinya.

"Aku cakap diam, diam jelah!" Azril hela nafas perlahan dan menganguk kepalanya. Dia tak akan tanya lagi. Sungguh pedih pipi nya.

"Tepilah sial!" Raisha menolak Azril ke tepi. Jejaka tu memejamkan mata nya erat. Kesabaran nya teruji.

AZRIL mengatur langkah ke ruang tamu dan terkejut melihat Raisha yang sudah meneguk arak sehingga dia juga sedar tidak sedar.

"Astagfirullah sayang! Hey." Ditepuk tepuk pipi tu. Di ambil botol arak di tangan Raisha lalu dicampak ke dalam bakul sampah.

"Kenapa sayang berubah macam ni sekali ya Allah abang minta maaf sangat sangat." Diusap wajah tu yang panas saja.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan Azril dan dia segera buka pintu tersebut.

"Assalamualaikum kami dari jabatan agama islam." Meluas mata Azril. Ketika tu anak anak buah Raisha tidak ada yang menjaga kerana diberi cuti oleh Raisha.

AZRIL memejamkan mata nya erat dan dicengkam rambut nya kuat. Dia terpaksa bernikah dengan Raisha semula setelah ditangkap basah.

Raisha bangun dari baringannya dengan mengejut. Wajahnya berpeluh dengan nafas turun naik.

"Puas kau sekarang? Kau yang rancang semua ni kan! Kalau kau nak balik dekat aku sekali pun tak payah guna cara kotor lah sial!" Marah Azril dan Raisha masih tidak faham apa yang jadi.

Kepalanya terasa pusing akibat dia minum arak terlalu banyak. Dipandang wajah bengis Azril.

"A..apa dah jadi?" Dia tak dapat proses apa apa.

"Kita bernikah. Disebabkan kau! Aku kena hadap muka kau lagi!" Raisha mula mengingati dimana dia tanda tangani borang nikah.

"B..bukan salah aku! Aku tak salah! Aku tak buat! Hiks. Bukan aku! Aku tak salah!" Raisha meraung sambil memegang kepalanya dengan mengeleng.

"Rai tak salah! Hiks. Bukan aku!"  Raisha melempar bantal bantal sofa tu ke lantai. Azril segera mendekati dan memeluk tubuh itu erat.

Belakang Raisha diusap sayang. Dieratkan pelukkan nya sehingga isterinya tidak lagi meronta.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now