BAB 7

5.6K 150 1
                                    

Raisha terkejut apabila ada yang rem motor tepi nya. Dia kenal dengan R15 hitam ni sebaik lelaki tu menolak cermin helmet ke atas jelas mata hitam tu. Dia belum tahu nama lelaki ni.

"Naik." Arahnya dan gadis tu mengeleng kepalanya tanda tidak mahu.

"Saya tak biasa naik dengan lelaki." Tolak Raisha lembut. Azril mengawal marahnya agar tidak meletus.

"Naik sebelum aku dukung kau!" Tajam mata hitam tersebut. Raisha mahu tidak mahu dia cuba naik dengan memegang bahu jejaka tersebut.

"Aku Azril!" Dia terpaksa kuatkan suara kerana angin. Dapat Azril lihat anggukan gadis itu dari cermin sisi.

Azril bawa Raisha ke restaurant terlebih dahulu. Sebaik gadis tu turun dia berdiri tepi Azril yang membuka helmet nya.

"Kenapa awak tak hantar saya balik ja?"  Azril menoleh ke arah nya.

"Aku nak kau makan. Faham?" Kedua pipi tu dicengkam tidak kuat. Risau ada orang nampak lain pula jadinya.

"Aku belanja." Dia melangkah turun dari motor dan menarik bag yang Raisha galas agar ikut nya.

"Awak! Jangan lah tarik bag." Azril menghentikan langkahnya dan berpusing. Jari jemari tu pula digengam dan ditarik.

Raisha hanya diam memandang suasana restaurant tu dan matanya terpandang akan sekumpulan lelaki di tepi dinding yang memandang dirinya. Terjuih juih mulut jejaka tu ke arahnya seperti ingin cium dan ada yang buat flying kiss.

Kedua tangan naik melindung muka dan memandang wajah Azril yang sentiasa ketat tanpa secalit senyuman. Jejaka tu angkat muka dari telefonnya. Kening kanannya ternaik tinggi seakan bertanya kenapa pandang dia.

Raisha buat isyarat sebelah dan terus kepala Azril menoleh. Tajam mata hitam tu ke arah empat jejaka tersebut. Ada yang kena buat sup kejap lagi.

Disebabkan panahan mata Azril yang tajam, terus ke empat mereka buat hal masing masing.

"Awak" panggil Raisha. Takut pun ada sebab muka tu dingin saja.

"Hm?" Azril pandang wajah yang kelihatan gelisah tu. Tahu sangat Raisha takut dengan dirinya tapi dia kesah apa.

"Lepas ni hantar saya balik eh? Letih." Dilentokkan kepalanya di meja makan. Azril angguk sekali.

"Angkat kepala tu. Ni bukan meja tidur." Raisha segera angkat dan makanan yang mereka oder tadi telah pun sampai.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя