BAB 55

4.7K 114 1
                                    

Langkah Raisha terhenti apabila mata terpandang akan sosok tubuh yang ia sangat kenal. Imran. Jejaka yang dia cintai dahulu. Walaupun dia sudah move on tetapi perasaan rindu itu masih ada. Rindu akan kenangan yang mereka cipta.

Dari jauh dia melihat Imran sedang memandang ke arah sebuah kedai yang belum tentu dia mahu masuk atau tidak.

Dirasakan diri seperti diperhatikan segera dia menoleh ke depan. Riak wajah nya juga turut terkaku.

"Imran."
"Raisha"

Walaupun jauh namun gerakkan mulut mereka sama sama faham. Raisha nampak senyuman segaris menghiasi bibir Imran.

MASING masing diam tanpa ada niat mahu membuka mulut sehingga lah Imran membuka suara.

"Awak macam mana? Sihat? Bahagia dengan Azril?." Soal nya dan Raisha ukir senyuman nipis.

"Sihat macam awak tengok sekarang dan alhamdulillah saya bahagia dengan Azril. Awak macam mana? Dah ada penganti?" Imran mengeleng kepalanya sambil tersenyum. Macam mana dia nak cari orang lain sedangkan hati nya masih pada Raisha?.

"Saya masih cintakan awak Raisha. Sampai sekarang." Jujur nya tanpa berdalih. Raisha menunduk dan menarik nafas dalam.

"Saya minta maaf sebab percayakan orang luar daripada percayakan awak. Dan disebabkan saya hubungan kita hancur." Perasaan serba salah sentiasa menghantui dirinya. Dia nak sangat jumpa dengan Imran dan minta maaf tapi nombor Imran dia tidak ada akibat tukar telefon dan nombor baharu.

"Tak apa, saya dah maafkan dah. Kalau orang lain jadi awak pun mesti dia akan percaya sebab yelah saya jarang chat awak. Jarang bagi khabar, call pun tak, jumpa apa tah lagi." Dia dah lama maafkan Raisha dan terima yang Raisha bukan jodoh nya.

Gengam erat mana pun jika Allah berkata bukan pasti akan terlepas juga.

"Terima kasih sebab maafkan saya. I hope you will find someone better than me." Raisha ukir senyuman segaris.

"In shaa Allah. Saya harap rumah tangga awak pun kekal bahagia lah. Jangan lupa bagi anak buah." Sempat Imran mengusik dan pipi Raisha memerah.

"In shaa Allah kalau ada rezeki." Dihirup air nya dan Imran tergelak kecil apabila wajah Raisha sudah bertukar warna.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now