BAB 39

5.2K 141 1
                                    

"Awak jangan risau ya, saya boleh tidur." Azril mengeleng kepalanya tidak percaya. Bukan dia tidak tahu gadis tu susah mahu tidur dengan keadaan sejuk bergini sedangkan dia senang lenang tidur di tilam yang empuk.

"Abang tahu sayang tidur nak dekat pukul 3 pagi sebab sejuk. Sini tidur dengan abang" Ditarik lengan Raisha dengan lembut. Gadis tu akur dan memegang tilam sebelum melabuhkan pungung nya.

Azril membaringkan tubuh Raisha perlahan lahan dan comforter ditarik ke pinggang gadis itu.

"Awak" panggil Raisha dan Azril menoleh ke arah nya

"Ya sayang, nak apa apa ke?" Raisha mengeleng kepalanya tanda tidak mahu apa apa.

"Awak tak akan pukul saya lagi kan? Bukan disebabkan saya cacat kan?" Azril tersenyum dan mendekati isterinya. Nampak nya Raisha kurang percaya pada dia.

"Abang dah janji nak bahagiakan sayang." Diusap rambut isterinya perlahan. Dicium ubun ubun itu lama.

"Tidurlah sayang, abang ada dengan sayang. Sebelah sayang." Azril mengusap pipi itu perlahan. Dengkuran halus yang menyapa gegendang telinga Azril membuktikan bahawa isteri nya sudah terlena.

"Abang sayangkan bidadari syurga abang." Ditarik rapat tubuh tu dengannya. Dia melelapkan mata yang mula terasa mengantuk.

USAI solat subuh, Azril membalut semula mata isteri nya. Gadis tu memegang tangan si suami.

"Kenapa sayang?" Walaupun Raisha tidak boleh melihat seperti dahulu tapi bagi nya gadis tu tetap sempurna.

"Awak tak malu ada isteri cacat macam saya?" Azril mengengam kedua tangan isterinya.

"Sayang sempurna untuk abang. Abang tak malu ada isteri macam sayang malah abang bangga sebab sayang kuat. Abang minta maaf apa yang abang buat selama ni. Abang sedar abang dayus." Dipeluk erat tubuh itu dan diusap belakang kepala Raisha.

Pelukkan dibalas oleh gadis itu. Azril tersenyum apabila pelukkan nya dibalas. Dicium tepi dahi Raisha.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat