BAB 57

4.8K 118 2
                                    

Raisha menepuk pipi suami nya agar Azril bangun. Ditepuk banyak banyak kali sehingga lah mata hitam tu terbuka memandang dia.

"Erh sayang." Dengan suara serak basah nya dia memanggil si isteri. Dicapai tangan Raisha dan ditarik.

"Bangun la solat subuh pastu sarapan sebelum pergi kerja."Jejaka tu bingkas bangun mencium pipi gebu isteri sebelum turun dari katil untuk mandi terlebih dahulu.

Raisha pegang pipi yang dicium tadi. Wajahnya berubah tona.

"Ehem blushing? Yang, ambil tuala jap." Tersentak gadis tu dan Azril terkekeh geli hati. Cepat cepat Raisha ambil tuala dan diberi kepada suami nya.

"Eh kejap tengok muka sayang sikit." Dicengkam kedua pipi gebu tu dengan lembut.

"Taknak laaaa" Ditepis tangan Azril. Setelah tu kedengaran ketawa dari si suami. Raisha hentak kaki kerana geram.

AZRIL keluar dari bilik air sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil.

"Aish siapa la yang blushing tadi ni ya." Dia sudah pasang niat mahu mengusik isterinya yang sudah memuncung itik.

"Diam la." Azril tergelak lagi. Dipandang wajah cantik tu melalui cermin.

"Pergi ambil wuduk." Arah Azril. Raisha berpeluk tubuh dan bangun dari birai katil.

"Ha dia mai dah!" Azril berlari menjauhi. Raisha tersenyum mengusik dan dianggkat kening nya berkali kali.

Haish la sayang, suka sungguh nak sentuh dia masa ada wuduk. Jangan sampai aku batalkan wuduk ni lain jadi nya karang.

"Tak kan sentuh isteri pun tak nak?" Mengecil mata Raisha.

"Haram yang haram." Menitik air rambut Azril. Raisha senget kan kepalanya. Kenapa nak haram pula.

"Kita dah halal la." Azril mengelap muka nya dengan kain. Hok aloh paroh nii.

"Haram sekejap ja yang sampai habis solat pastu halal balik. Jangan lah gini yang oiii. Pergi ambil wuduk sana!" Menjegil mata Azril. Raisha melepaskan ketawa nya dan diatur langkah masuk ke dalam bilik air.

"Abang dah siap." Azril menoleh memandang wajah Raisha yang tersengih. Ya Allah tebalkan keimanan aku sebentar sebelum aku gomol pipi nya.

"Meh solat kang habis waktu."Raisha menganguk sambil memakai kain telekung.

DITOLEH ke belakang melihat isterinya dan dihulur tangan agar salam. Raisha menunduk dan mencium cium tangan tu.

"Eh sayang." Azril tergelak kecil dan digosok kepala isterinya perlahan.

"Sini cium" Dicium kedua pipi gebu tu dan dicubit geram kerana dari tadi lagi tengah solat dalam fikiran asyik terbayang waktu dia picit pipi ni.

"Sakit la abang." Ditampar peha Azril sehingga jejaka tu mengaduh sakit.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now