BAB 53

4.7K 130 2
                                    

"sayang, jom ikut abang pergi office." Raisha bekerut hairan. Dia menyenget kepalanya.

"Kenapa saya kena ikut juga?" Jejaka tu menoleh. Rumah yang Raisha bawa dia duduk haritu sudah diberi pada anak buah Raisha. Mereka berdua pula duduk di rumah Azril, ya rumah yang Raisha sering kena pukul.

"Abang tak nak lah sayang sorang sorang dalam rumah. Bahaya." Mama nya sudah pesan pada dia jangan tinggalkan Raisha seorang diri selagi gadis tu belum pulih.

"Hm okey lah saya ikut." Raisha bangun dari duduknya untuk bersiap. Azril kembali memandang cermin dan mengemaskan rambutnya.

"Dah siap!" Azril menoleh memandang isterinya dan angguk dengan senyuman dibibir. Walaupun simple tapi tetap cantik.

"Jomm." Jari jemari tu digengam untuk keluar dari bilik tidur. Langkah diatur turun dari tangga.

SEMASA dalam office Azril, gadis tu hanya duduk di sofa sambil bermain dengan telefonnya.

Azril pula hanya fokus dengan kerja nya. Wajahnya kekal ketat seakan komputer nya itu musuh dia.

"Abang, lapar."

"Diamlah aku banyak kerja ni." Tangan yang menekan papan kekunci terhenti dan pantas dia menoleh ke arah isterinya yang sudah menunduk.

Wajah diraup kasar dan dia bingkas bangun mendekati Raisha. Dia melutut depan gadis tu yang menunduk.

"Abang minta maaf ya kasar tadi. Sayang lapar kan? Jom pergi makan." Raisha mengeleng kepalanya tanda tidak mahu.

"T..tak lapar." Azril hela nafas perlahan. Salah dia juga berkata bergitu tadi tak pasal pasal isteri nya sudah terasa.

"Sayang, look at me. Okey i am sorry about that. Abang tak sengaja. Kita pergi makan ya? Nanti perut kosong sayang sakit." Diusap jari jemari itu. Dagu Raisha dipegang dan ditolak agar pandang dia.

"Sayang, don't crying. Abang minta maaf sangat sangat. Abang tak sengaja." Dicium ubun ubun Raisha dan turun kedua pipi tu pula.

"Sayang nak makan apa? Abang belanja."Azril setia memujuk.

"Nak nasi ayam. Lapar nasii." Azril mengengam kedua tangan isterinya dan menarik agar bangun.

"Jom, but smile first. Abang tak nak tengok muka sedih sedih macam ni. Cepat senyum." Azril cium pipi isterinya dan bibir tu mengukir senyuman manis.

"That my wife! Let's go." Ditarik lengan Raisha lembut. Gadis tu hanya mengikuti langkahnya.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now