BAB 20

5.5K 147 1
                                    

Azril berasa lali saja dan dia bersandar di sofa. Mata nya seakan memberat saja. Raisha yang melihat tu mengambil peluang untuk naik ke bilik.

Dilihat jam menunjukkan pukul 10 malam dan dilihat tingkap luar sudah ada kereta Nurul. Dia bergegas lompat dari balkoni, nasib lah dia bukan seorang yang takut dengan ketinggian.

Masuk saja ke dalam kereta Nurul terasa lega. Nasib kawannya itu pandai bawa kereta. Dia juga pandai tapi kereta saja tak ada.

"Telefon kau dah matikan?" Raisha angguk.

"Nombor itu pun dah tak boleh guna. Sebab dia dah hack habis." Nurul menganguk faham dengan fokus memandu.

"Aku terpaksa bawa kau terus ke airport. Family kau dah ada sana. Diorang akan bawa kau pergi UK. Selepas kau habis sekolah baru kau akan balik sini semula dalam umur kau 18 atau 19 tahun." Jelas Nurul serius. Buat masa sekarang dia tak rasa untuk main main.

"Thanks Nurul. Aku dah tak sanggup kena pukul dengan mamat tu lagi." Nurul mengukir senyuman buat sahabatnya.

"Aku pasti lepas ni kau hidup bahagia dengan family kandung kau. Aku tengok diorang macam tak sabar nak tengok kau." Raisha mula terasa hatinya tenang. Perasaan rindu mula hadir. Rindu belaian seorang ibu dan ayah padanya.

SAMPAI saja di airport, Raisha mengikuti langkah Nurul dan matanya terpandang akan tiga sosok tubuh yang menunggu nya.

"Hey hey my little sister!" Tubuhnya didakap erat oleh tubuh tegap seseorang.

"Ya Allah Raisha anak bonda. Rindu nya bonda dekat kamu." Mengalir air mata Bonda Ayana.

"Raisha ni abang kamu, Tengku Raizan Azari." Raisha pandang lelaki yang memeluknya tadi.

"Abang, bonda, ayahda." Mata brown itu mula bertakung air mata. Dia mendakap tubuh bondanya erat.

"Terima kasih Nurul." Raizan ukir senyuman segaris dan Nurul menganguk.

"Saya dah nak kena balik ni dah lewat, Raisha nanti kau tukar nombor telefon kau call lah aku ya." Dia memeluk tubuh sahabatnya.

"Jaga diri. Nanti datang cari aku tau." Raisha membalas pelukkan sahabatnya semula.

"Aku janji" pelukan mula dileraikan dan dilambaikan tangannya apabila Nurul mahu pulang.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now