BAB 26

4.9K 135 1
                                    

Azril mengikuti langkah Raisha dari arah belakang. Kedua tangan diseluk ke dalam kocek seluar.

Gadis tu masuk ke dalam sebuah cafe. Diatur langkah ke meja dan seorang pelayan segera datang.

"Only hot chocolate thanks." Raisha membuka laptop nya. Keluarga nya meminta untuk dia sambung belajar iaitu diploma. Setelah tamat diploma dia boleh pulang ke Malaysia.

Dia mengambil kos undang undang. Dia berasa tertarik dengan kos tersebut kerna peluang untuk jadi lawyer seperti besar.

Semasa Raisha sedang fokus, notification menyentakkan nya. Ditoleh melihat ke arah telefon.

Gambar tu dilihat dengan dahi berkerut. Jangan cakap yang Azril ada dekat sini. Nafas dihela perlahan dan dibiarkan saja. Kerja nya lebih penting dari mamat tersebut.

Telefon nya berdering meminta untuk diangkat. Dilihat nama abang nya yang menelefon.

"Adik kena balik dah tau. Malam ni kita nak pergi dinner ramai ramai. Meh balik meh babyboo" Raisha tergelak kecil. Abangnya melayani dia macam budak lima tahun pula.

"Ya baik abang. Kejap lagi adik balik." Ditamatkan panggilan nya dan dilihat jam hampir senja. Ditutup laptop lalu bingkas bangun.

"Tak penat ke asyik ikut saya ja?" Raisha memusingkan badan menghadap Azril. Jejaka tu tetap melangkah mendekati.

"Awak ni macam tak ada kerja asyik ikut saya kemana saya pergi. Rimas tahu tak?" Azril menarik lengan Raisha untuk ke tepi agar orang tidak nampak.

"Kau siapa nak halang aku dari ikut kau hah? Supaya kau dapat mengatal dengan laki lain macam tu? Oh i got it." Raisha berkerut dahi apabila asyik dituduh sahaja.

"Kau nak goda semua jantan dekat sini kan? Lepas kau dah bosan dengan jantan dekat Malaysia itu yang kau lari datang sini pula." Raisha merentap kasar tangannya.

"Dari awal awak asyik tuduh saya ja macam saya ni murah depan mata awak. Saya ni masih ada agama, masih ada maruah dari nak mengoda jantan sana sini. Awak dengar sini baik baik ya Azril Zafran. Orang depan awak sekarang ni bukan Raisha yang dulu awak boleh belasah ikut suka hati." Raisha mengatur langkah pergi dari situ. Panas hatinya memandang wajah Azril.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now