BAB 27

4.8K 144 2
                                    

Raisha mengeluh perlahan apabila sekali lagi mereka bersua muka. Asyik muka mamat ni ja. Bonda dengan ayahda diorang kawan baik ke apa?.

"Alang alang semua dekat sini. Raisha, kami semua cadang nak satukan Raisha dengan Azril. Macam mana?" Soal Ayahda dan Raisha terkejut mendengar tu. Dilihat wajah Azril jelas terpancar riak kemenangan.

"No, Raisha taknak. I am still student bonda ayahda." Digeleng kepalanya tanda tidak mahu.

"Apa salahnya kalau masih belajar? Azril pun tak kesah kan?" Mereka memandang wajah jejaka tu. Dia menganguk kepalanya.

Raisha bangun dari duduknya dan berlalu pergi tinggalkan restaurant tersebut.

"Adik!" Baru saja Raizan hendak bangun, Azril menghalang.

"Tak apa biar saya pujuk." Azril ukir senyuman segaris dan bingkas bangun mencari sosok tubuh Raisha.

RAISHA mendengus nafas kasar. Memandangkan restaurant tidak jauh dengan pantai jadi dia ambil keputusan untuk menenangkan diri nya disitu.

"You see that? You can't run away from me babygirl." Raisha menoleh ke arah Azril yang senyum sinis . Dia benci dengan senyuman tu. Dia benci bila kemenangan berpihak pada Azril.

"Saya tak akan terima perjodohan ni!" Dia tidak mahu ada suami kaki pukul macam Azril. Depan keluarga mereka saja jejaka tu seperti pijak semut tidak mati tetapi di belakang bagaikan manusia bertopengkan syaitan.

"Kau nak hampakan diorang hm? Kau nak diorang rasa terkilan hati bila kau tolak perjodohan ni?" Raisha mengetap bibir nya. Fikirannya serabut. Dihela nafas perlahan. Dia tidak mahu derhaka pada orang tua nya tapi kenapa perlu jodohkan dia dalam umur dia 19 tahun?.

"Leave me alone." Azril langsung tidak mengikuti kata kata Raisha. Dia setia berdiri di situ.

"Leave me alone Azril Zafran!"

"Shut up Raisha. Malam macam ni kau nak duduk sorang sorang? Tak fikir resiko? Kau nak orang datang culik bunuh kau?" Suara Azril mula naik seoktaf.

"Daripada saya kena duduk satu bumbung dengan awak lebih baik saya kena bunuh lah!" Air matanya berjujuran mengalir ke pipi.  Azril mula mendekati ke arah gadis tu.

"Mulut kau jangan sampai aku tonyoh dekat tar jalan tu. Ikut sedap mulut tak fikir orang sekeliling." Marah Azril. Dia hilang sabar dengan kedegilan Raisha.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now