BAB 24

4.8K 148 1
                                    

Azril ketawa kecil dan wajahnya berubah garang. Disebalik mata hitam tu seakan berapi bertapa marahnya dia pada Raisha.

"Saya tak tahu apa salah saya pada awak. Salah sikit kena pukul. Saya bukan patung untuk awak campak saya sesuka hati." Ditolak tubuh Azril ke tepj dan melangkah keluar dari tandas tersebut.

"Raisha" Azril memanggil dengan suara celahan gigi. Digengam kuat penumbuk nya. Dia mengejar langkah gadis tu.

Dia mencari sosok tubuh tu dan mata nya terpandang akan seorang gadis yang sedang mengambil makanan.

Baru saja hendak mendekati, seorang lelaki datang memeluk pinggang Raisha dan membisikkan sesuatu. Setelah gadis tu angguk, jejaka tu berlalu pergi.

Azril ambil peluang untuk mendekati. Dia berdiri di belakang Raisha yang masih fokus pada hidangan yang ada.

Raisha menoleh ke kanan mencari abang nya. Hilang dah.

"Mana pula abang Raizan ni?" Kening nya bercantum namun dia segera mengambil apa yang dia rasa sedap.

"Banyak kau melantak patut gemuk." Raisha menoleh ke arah kiri melihat wajah selamba Azril.

"Biasa, bahagia. Selama ni terseksa." Bidas Raisha dan kembali fokus pada hidangan. Tengok muka Azril bukan kenyang.

Raisha mengambil kentang dan mahu menyuap ke dalam mulut tetapi Azril mengambil tangannya dan kentang tu dimakan oleh jejaka tu.

"Eish!" Raisha mengambil lagi dan kini dia melarikan tangannya apabila Azril mahu buat seperti tadi.

"Tak boleh lah! Saya punyaaaaa" geram Raisha. Azril cuba untuk ambil tapi Raisha mengelak.

"Ni dah kenapa ni? Bergaduh ni? Kahwin kang ha." Raizan datang ke arah adik nya bila ditunggu tak sampai sampai.

"Ni dia ni kacau adik." Azril pandang lelaki yang datang peluk Raisha tadi. Oh abang dia? Nasib dia tak pukul Raisha.

"Bonda ayahda dah tunggu adik dekat meja. Jom. Azril." Raizan pandang lelaki tu dan menganguk tanda mengajak ke meja.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now