BAB 6

5.9K 160 2
                                    

"Tapi saya sayangkan dia." Raisha menundukkan kepalanya namun dada Azril berombak laju mendengar perkataan sayang tu.

"Pergi mampos lah dengan sayang tu. Lebih baik kau putus ja dengan jantan tu faham? Jadi perempuan jangan lemah sangat!" Dicengkam lengan tangan Raisha.

"K..kenapa awak nak marah saya pula." Azril yang melihat wajah Raisha yang mata berair tu melepaskan cengkaman nya.

"Look, kau nak tunggu apa lagi? Angkat kaki blah la. Nak merayu dekat jantan tu macam tak ada maruah dan dia senang senang pijak kau." Jujur saja hati seorang Azril sedang panas. Dia mahu Raisha percayakan dia.

"No saya tak akan merayu cuma bagi saya masa untuk fikir." Raisha hela nafas perlahan.

"Saya nak balik. Penat."  Azril hanya melihat gerak geri Raisha yang mula naik ke atas Y15 nya.

"Balik rumah. Dapat jumpa kau dekat mana mana, siap!." Tegas suara Azril dan Raisha menganguk kepalanya.

BUNYI telefon yang berdering membangunkan Raisha yang sedang tidur. Dilihat jam menunjukkan pukul 6 pagi. Dia dapat lelapkan mata tiga jam saja.

Dia menghantar mesej pada Nurul untuk datang ambil memandangkan dia malas untuk bawa motor.

"Nanti kau balik sekali dengan aku juga?" Soal Nurul setelah mereka tiba disekolah. Raisha geleng kepalanya.

"Aku jalan kaki ja lagipun rumah aku tak jauh." Rumah dia dengan Nurul boleh tahan jauh jadi disebabkan tidak mahu menyusahkan sahabatnya selalu, dia rela jalan kaki sekurang kurang nya dapatlah dia release stress sambil berjalan.

"Aku tengok kau macam tak bermaya ja kenapa ni? Tak nak story?" Raisha hela nafas perlahan. Mereka berdua berjalan untuk menuju ke kelas.

"Imran curang dengan aku. Kawan dia datang jumpa aku kelmarin bagitahu semuanya. " Membulat mata Nurul mendengar.

"Aku dah agak dia bukan laki yang baik. Susah kalau hubungan jarak jauh ni macam macam boleh jadi." Raisha angguk saja kerana tidak ada mood mahu bercakap.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now