BAB 17

5.3K 146 2
                                    

Malam itu Raisha tidak dapat tidur akibat sejuk. Dia hanya membawa lutut naik ke dada seperti posisi udang. Mata nya hanya melihat tangan yang diikat.

Azril terjaga dari tidur nya dan menoleh ke tepi. Dia cuba mengintai sama ada Raisha sudah tidur atau belum. Dilihat mata gadis tu hanya memandang ke arah tangan yang diikat.

Dia menoleh ke arah jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dia tahu yang Raisha tidak boleh tidur sebab sejuk.

Raisha pejamkan mata cuba untuk lelap walaupun lantai agak sejuk. Azril turun dari katil dan diangkat tubuh tu ke atas tilam.

Dia menyelimuti tubuh Raisha manakala dia pula hanya menatap wajah putih tersebut.

Jari nya mengusap batang hidung Raisha yang bertampal. Dicium ubun ubun tu lalu dipejamkan mata untuk tidur.

"RAISHA bangun sekolah. Aku hantar." Ditepuk tepuk pipi tu dan Raisha buka mata.

"Bangun, kau kena sekolah." Ikatan di tangan dan kaki Raisha sudah lama dia buka agar Raisha selesa untuk tidur.

Gadis tu segera bangun walaupun masih mengantuk. Keperluan nya disediakan oleh Azril.

JEJAKA itu mendekati ke arah Raisha yang sedang mengemaskan rambutnya. Dia memakai kan jam di tangan gadis tu.

"Dah?" Dia menganguk dan Azril mengambil bag Raisha. Dia sudah arahkan anak buahnya untuk ambil semua barang di dalam rumah Raisha untuk bawa ke rumah nya.

"Kau masih chat dengan Imran?" Ditoleh sekilas ke arah Raisha dan gadis tu mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Dah tak ada mulut ka nak bercakap?" Dilihat Azril mula bengang bila dia hanya guna gerakkan kepala.

"Saya mengantuk." Azril mengosok kepala gadis tu perlahan. Botol air dimasukkan tepi bag Raisha.

"Dapat tahu kau mengatal dengan jantan siap kau balik nanti." Keras amaran yang keluar dari mulut Azril.

SEWAKTU rehat, Raisha hanya meletakkan kepala dimeja dengan kedua tangan naik menutup kepala. Nyenyak saja dia tidur tanpa ada yang menganggu.

"Kau serius nak kacau Raisha lagi? Tak kasihan ka dekat dia?" Soal Farhat pada Heidi. Kasihan juga dia tengok Raisha yang selalu kena pukul dengan Heidi.

"Aku nak ajar perempuan tu cukup cukup biar dia rasa macam mana hati aku sakit." Belum sempat kedua kawan Heidi mahu menghalang, jejaka tu sudah masuk ke dalam kelas Raisha.

"Oih bangun!" Ditepuk tepuk meja tu. Raisha angkat muka dengan dahi berkerut.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now