BAB 8

5.6K 159 2
                                    

"Seksa betul jadi senior.  Nak dapat masa free pun susah." Rungut Nurul dan Raisha angguk menyokong.

"Kau bila nak datang rumah aku? Mama ayah aku dah tanya bila lah kau nak datang." Raisha mengaru tengkuk nya.

"Nanti aku datang kalau free." Jawabnya dan disertai senyuman segaris.

RAISHA terjatuh terduduk akibat ada yang melunjurkan kakinya. Heidi bangun dan bercangkung depan Raisha sebelum dipegang dagu tersebut.

"Apa awak nak lagi Heidi?!" Jejaka tu menampar wajahnya. Nurul mahu menolong tapi dia ditahan dengan kawan Heidi.

"Kau ingat lepas kau reject aku, aku nak lepaskan kau macam tu ja? Tak Raisha. Aku akan buat kau trauma dengan aku." Ditepuk tepuk pipi tu namun Raisha menepis kasar.

"Sampai bila bila pun saya takkan terima awak Heidi! Banyak perempuan yang awak rosakkan!" Sekali lagi penampar hinggap di pipi nya. Pecah bibir Raisha.

"Kau kan perempuan memang nak kena kan!" Raisha menolak Heidi jauh dan bangun dari duduknya.

"Awak nak saya terima awak? Tapi awak pun dayus pukul saya! Layak ke nak jadi milik saya? Balik cermin diri awak lah Heidi! Jom Nurul!" Ditarik lengan Nurul agar keluar dari cafe.

"Raisha, bibir kau pecah." Digeleng kepalanya tanda tidak mengapa. Entah apa dugaan yang perlu dia perlu hadap.

AZRIL memanjat pintu pagar rumah Raisha dan mendekati ke arah pintu tersebut. Dilihat motor ada saja.

"RAISHA!" Diketuk pintu tu sebanyak yang mungkin. Api dalam dirinya membarak saja. Dia upah seorang pelajar sekolah Raisha untuk pantau dan beri info pada nya dan gambar tadi buatkan dirinya terbakar.

Tidak lama itu pintu dibuka dan Azril menerjah masuk dengan kasar.

"Kau pekak ke apa? Nak aku rempuh biar rosak pintu ni baru kau nak turun?" Tajam mata hitam tu menikam wajah Raisha.

"Maaf." Azril mencengkam lengan tu lalu ditarik ke sofa sebelum ditolak kasar.

"Apa kau buat dekat sekolah tadi? Bagitahu aku!" Raisha terhinjut bahu dengan masih menunduk..

"Aku tanya jawablah!" Azril menendang sofa tepi nya. Jari jemari Raisha mengigil teruk.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now