BAB 59

4.7K 119 1
                                    

"Azril, Raisha?" Mereka berdua memandang ke arah lelaki yang menegur mereka. Azril berkerut dahi.

"Imran." Dia memperkenalkan dirinya apabila wajah Azril seakan tidak mengingati.

"Oh ya Imran. Aku minta maaf dengan kau sebab rampas Raisha dari kau."Azril berjabat tangan dengan Imran dan jejaka tu tersenyum nipis.

"Tak apa aku redha kau dengan dia cuma satu ja aku nak pesan, jaga Raisha baik baik. Jangan tinggi suara sebab dia manja." Azril toleh ke arah isteri dan menoleh memandang wajah Imran semula.

"In shaa Allah aku cuba jadi suami yang baik untuk isteri aku. Ni kau dari mana?" Ramah Azril bertanya.

"Aku dari rumah datang mall kejap cari barang sikit. Ni dah nak balik dah. Okey la aku minta diri dulu Azril, Raisha. Assalamualaikum." Dia berjabat tangan dengan Azril terlebih dahulu sebelum mengatur langkah pergi dari situ.

"Walaikumusalam" perlahan mereka berdua menjawab salam Imran tadi.

"Jom sayang." Digengam jari jemari isteri nya dan diatur langkah untuk sambung berjalan.

"Sayang masih ada perasaan dekat Imran lagi ka?" Tanya Azril apabila sedari tadi isteri nya hanya diam saja selepas jumpa dengan Imran.

"Dah lama Raisha hapus perasaan suka dekat Imran sebab Raisha tahu, sekarang Raisha isteri abang." Dirangkul lengan sasa tu. Azril usap kepala isterinya yang berlapik tudung.

"Abang minta maaf dengan sayang atas apa abang dah buat. Abang kejam dulu, tak fikir apa yang sayang rasa. Abang gilakan kepuasan." Dihela nafas perlahan nya. Sekarang mereka berada di sebuah cafe. Kasihan isteri nya asyik berjalan.

"Tak apa Raisha dah maafkan abang dah. Raisha harap abang kekal macam ni ya. Jangan pukul Raisha lagi." Azril cium ubun ubun isteri nya dan dicapai air latte sebelum dihirup perlahan.

"Masa sayang culik abang tu, what wrong with you? Mama bagitahu abang yang mental sayang rosak." Raisha hela nafas perlahan dan menganguk.

"Yeah, Raisha lukakan diri sendiri. Setiap kali Raisha pejamkan mata mesti kejadian abang pukul Raisha akan terbayang dalam fikiran." Azril memandang isterinya yang melihat tangannya sendiri. Dia mengengam tangan tu.

"I am sorry and i love you sunshine." Dalam mata Azril memandang mata cantik bini nya.

"Love you too and thank you sebab dah berubah." Dia membalas senyuman manis suami nya.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now