BAB 4

6.2K 189 3
                                    

Dari kedai sehingga hampir sampai rumah dapat dia lihat dari cermin sisi yang lelaki tu masih mengikuti nya. Dia lencong ke jalan lain agar tidak balik rumah. Dia mahu settle dengan lelaki itu.

Raisha berhenti di pantai. Dia melangkah turun dari motor. Nasib lah pantai dekat dengan rumah. Dilihat jam pukul 6 masih sempat kerana dia pergi kerja pukul 8 malam dan balik pukul 11.

Ditoleh memandang ke arah motor R15 bewarna hitam tu. Dapat dia lihat lelaki tu menunduk bermain telefon dengan cap dikepala.

Raisha menaip mesej kepada jejaka tu yang menghantar gambar nya semalam dan tepat bunyi notification masuk ke dalam telefon jejaka tu sebaik dia menekan butang send.

Kepala lelaki tu terangkat memandang Raisha yang melangkah ke arah kerusi batu. Ini peluang nya.

"Kenapa awak ikut saya?" Soal Raisha setelah dia rasa kehadiran jejaka tu. Dia menoleh memandang.

"Kau girlfriend Imran kan?" Dahi Raisha berkerut sebelum menganguk. Kawan Imran ke ni?.

"Aku kawan dia dan aku lebih kenal dia." Raisha bingkas bangun. Dia masih tak faham dengan apa yang dikatakan oleh lelaki yang memakai mask dan cap depannya ni.

"Apa maksud awak lebih kenal dia?" Dalam diam Azril menarik senyuman sinis.

"Sebelum ni dia pernah post gambar dia dengan perempuan lain dekat status. Mungkin dia hide kau? Dan dia juga pernah bagitahu aku yang dia tak ada rasa suka pun dekat kau. Nak tinggalkan tapi kasihan." Raisha terkelu lidah mendengar kata kata tersebut.

"T.. tak. Saya tak percaya dia buat macam tu." Mulut menolak tapi mata nya terasa panas.

"Terpulang pada kau nak percaya aku ke tak sebab aku dah lama berkawan dengan dia jadi aku dah masak. Dia selalu chat kau tak?" Raisha mengeleng kepalanya perlahan. Sejak akhir akhir ini Imran tidak selalu memberi khabar.

"Kau fahamkan maksud aku?" Mengalir mutiara jernih ke pipi mulus itu. Terukir senyuman puas disebalik mask yang ia pakai.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now