BAB 15

5.5K 150 2
                                    

"Hm nampak macam ada jantan lain masuk rumah." Azril melangkah masuk ke dalam dengan selamba.

"Ada apa awak datang sini?" Tubuh tinggi lampai tu menoleh ke arah nya. Pantas saja lehernya dicekik oleh Azril.

"Siapa laki tu hah! Ramai mana lagi jantan yang kau nak?" Dilepas kasar tangannya yang mencekik leher Raisha. Tercungap cungap gadis tu mencari nafas.

"Perempuan jalang macam kau ni aku kena ajar cukup cukup. Biar kau serik dengan lelaki!" Ditarik rambut Raisha sehingga terdongak. Perut tu ditumbuk oleh Azril dan gadis tu mengetap bibir.

"BANGUN!" Jerkah Azril lantang dengan menarik Raisha agar bangun. Raisha meringis sakit di kepala.

Azril menolak tubuh tu ke atas sofa. Serentak tu telefon Raisha berdering di atas meja.

Tajam mata Azril menyuruh Raisha angkat telefon tu tanpa memberitahu yang dia ada disini.

"HAPPY BIRTHDAY SAHABAT!" Jerit Nurul di hujung talian.

"jom keluar kita celebrate kau punya birthday." Raisha pandang wajah Azril yang mula tidak tegang.

"A..aku tak berapa sihat sikit. Nanti lah ya kita keluar." Dia mahu tamatkan panggilan tu dengan cepat.

"Alaaa jom lah Raisha! Sejak orang tua kau meninggal, birthday kau tak sambut pun." Azril terkedu mendengar kenyataan tersebut.

"Tak penting pun. Aku tutup dulu. Byee." Setelah panggilan ditamatkan, Azril mula mendekati. Raisha menunduk memegang perutnya yang sakit.

"Hari ni hari jadi kau?" Nada suara Azril berubah lembut. Raisha menganguk perlahan.

"Jom aku bawa kau keluar." Raisha geleng kepalanya perlahan tanda tidak mahu. Pipinya dicengkam oleh Azril.

"Aku cakap tu ikut jelah!" Tengking Azril depan Raisha.

"Saya tak nak. Kalau awak datang semata mata nak belasah saya ja baik awak balik lah. " Ditolak tangan Azril . Tubuh Raisha ditolak kasar agar baring.

"Kau melawan lagi sekali memang lunyai kau aku kerjakan!" Rahang Azril bergerak gerak.

"Saya tak larat faham tak! Awak nak keluar pergi jelah!." Azril menumbuk wajah gadis tu dan Raisha melindung wajahnya dari ditumbuk oleh Azril. Jejaka tu semakin agresif.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now