BAB 51

5.3K 127 2
                                    

"Buka mulut sayang. Abang nak suap ni." Raisha membuka mulutnya dan Azril menyuap bubur tu memandangkan Raisha demam panas.

"Dengar cakap abang jangan menangis lagi. Tengok tu mata dah sembab dah. Badan panas." Diusap seluruh wajah isterinya. Azril sudah menceritakan semua apa yang jadi pada mama nya.

Nasib mama nya tidak mengamuk cuma hanya minta dia pulihkan Raisha seperti dahulu saja kerna mama nya bagitahu mental Raisha hampir rosak dan gadis tu juga trauma.

"Awak masih ada hubungan dengan Leora ke? Saya taknak jadi orang ketiga." Digeleng kepalanya.

"Shh sayang. Abang tak ada hubungan dengan perempuan tu pun. Abang dah jauhkan diri dari dia dah." Diusap pipi tu dengan ibu jarinya.

"Betul?" Azril menganguk kepalanya tanda membenarkan apa yang ia katakan sebentar tadi.

"Abang nak fokus dekat isteri abang ni ja." Dicium ubun ubun tu dan kembali menyuap Raisha agar bubur tu habis.

"Sejak bila sayang berjinak dengan arak ni hm? Amboi diaa nak kena eh?" Raisha mengengam comforter nya erat dan mengeleng tanda tidak mahu kena pukul lagi.

"Sini biar abang cubitttt dia amboi minum arak yaaa." Dicubit geram pipi isterinya itu. Berkerut muka Raisha.

"Sakitttt hm" digosok pipi nya setelah Azril melepaskan cubitan.

"Alolo sakit ehh. Sini sini." Ditarik lengan Raisha lalu diangkat tubuh tu ke riba. Dicium cium pipi kanan Raisha.

"Sakit lagi? Ke nak abang cium lagi?" Digeleng kepalanya pantas tanda tidak mahu.

"Ermm" Raisha menolak kedua pipi nya sehingga ternaik ke atas. Azril yang melihat tu semakin geram.

Comel rupanya Raisha ni. Rugi kalau jatuh dekat tangan orang lain. Dia terus peluk isterinya.

"Huh? Kenapa abang tetiba peluk?" Dia mendongak melihat suaminya.

"Abang nak rawat luka dekat diri sayang, sebab tu abang peluk." Azril mengerak ke kiri dan kanan.

Raisha melentok kepala di bahu Azril. Dilihat jejaka tu tidak memakai baju. Dibuka mulutnya dan digigit.

"Aduh. Apa sayang buat dekat bahu abang tu?" Ditoleh memandang isterinya yang mengigit bahu. Dia cuba untuk lepaskan Raisha tapi gadis tu seakan tidak mahu.

"Gigit jelah yang." Pasrah sudah Azril. Ditepuk tepuk bahu tu.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now