BAB 41

5K 137 1
                                    

"Sayang! Abang ada buat pancakes." Katanya teruja dan Raisha hanya tersenyum.

"Dekat mana awak learn buat pancakes ni?" Soal Raisha dengan kerutan di dahi. Dapat dia dengar hehehe dari Azril.

"Google" Tergeleng kepala Raisha. Semakin lama dia terasa Azril semakin kelakar. Ada saja perangai dia.

"Buka mulut sayang" Sebaik Raisha buka, Azril menyuap pancakes tu dan menunggu respon dari si isteri. Harap harap lah sedap.

"Sedap. Pandai abang buat." Terjatuh garfu Azril dan menoleh memandang wajah isterinya yang biasa tu.

"Sayang panggil apa tadi.?" Dia nak dengar sekali lagi ke telinga dia ada masalah.

"Saya panggil awak abang. Kenapa?" Tersenyum lebar bibir Azril. Dia menyentuh perutnya.

"Rasa rama rama terbang dalam perut lah." Raisha tergelak kecil. Azril mendekati lebih dekat.

"Cuba panggil sekali lagi nak dengar." Kalini dia mahu dengar lebih dekat.

"Abang." Azril tersenyum dan dicium pipi gebu tu sebelum dicucuk pancakes tersebut.

"Penuh syahdu sayang panggil abang." Dicuit bibir Raisha dengan pancakes tu. Dia menyuap sebaik isteri buka mulut.

"Awak tak masuk kerja ke? Dah banyak hari awak teman saya." Soalnya hairan.

"Kalau abang pergi kerja, siapa nak jaga sayang? Kalau sayang jatuh macam mana?" Raisha tersenyum dan mencari tangan suaminya. Azril mengengam tangan tu.

"Saya okey ja. Jangan risau ya? Kalau awak tak masuk kerja lagi bertimbun fail fail tu." Azril menghela nafas perlahan. Dia risau nak tinggalkan Raisha seorang diri di rumah.

"Nanti abang minta mama datang teman kan sayang ya?" Raisha mengeleng kepalanya tanda tidak perlu.

"Tak apa saya tak pergi mana mana pun." Azril mengosok kepala isterinya perlahan dan kembali menyuap Raisha makan.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now