BAB 50

5.8K 137 5
                                    

Raisha menangis teresak esak. Azril hela nafas perlahan.

"Sini peluk abang. Sentuh abang." Mungkin sudah tiba masa nya untuk dia buang perangai kaki pukul nya dan fokus mencintai Raisha semula.

"Taknak! Abang tolong Raisha! Hiks Raisha takut!" Mengigil suruh tubuh nya. Peristiwa dia dipukul menerjah ke dalam fikirannya.

"Sayang shh shh. Sini peluk abang." Azril meraih tubuh tu ke dalam dakapannya. Diusap sayang.

"Abang janji dengan sayang tak akan pukul sayang lagi. Kita bina rumah tangga semula ya? Tapi lebih bahagia." Dipeluk erat tubuh itu dan dialunkan zikir.

"Abang tahu sayang sakit selama ni. Dari hati yang ikhlas, abang minta maaf setulusnya. Jangan nangis lagi." Diseka air mata tu dan diletakkan dahi nya di dahi Raisha.

"Abang cintakan sayang." Lancar dia menuturkan ayat cinta pada Raisha yang benar benar dari hati nya bukan sekadar mulut.

"Saya takut kena seksa dengan awak lagi." Sekali lagi Raisha menangis. Azril menatap redup wajah itu.

"Mungkin sekarang sayang tak boleh terima lagi tapi abang bersumpah dengan nama Allah, abang akan bahagiakan sayang kalini. Rehatlah." Ditarik kepala Raisha ke dada nya. Dicium kepala itu sebelum ditepuk perlahan.

"Saya sukar nak percayakan awak lagi Azril." Azril meletakkan pipinya di atas kepala si isteri.

"Abang akan bangkitkan kepercayaan sayang pada abang semula. Itu janji abang." Diusap jari jemari isterinya.

Dengkuran halus yang menyapa gegendang telinga Azril membuktikan bahawa isteri nya sudah tertidur di dada.

Peluk dia, rasa dia, sayangi dia, cintakan dia. Azril memeluk tubuh tu dengan hati berulang kali menyebut hal tersebut.

"Ermm" Tiba tiba berdegup kencang jantung Azril bila Raisha merengek. Terukir senyuman di bibir jejaka itu.

"Sejuk." Raisha memeluk tubuh tu dan semakin laju jantung Azril mengepam. Dah apehal jantung ni.

"Tak apa abang hangatkan sayang." Katanya dan memandang sekeliling rumah tu. Sudahlah mereka duduk di ruang tamu. Dekat lantai pula tu.

Sekejap lagi saja la dia bangun bawa Raisha ke bilik.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now