BAB 30

5.5K 154 2
                                    

"Assalamualaikum ma pa." Diatur langkah masuk ke dalam rumah. Dia menyalam tangan mama papa mertuanya.

"Walaikumusalam, muka nampak letih ja ni. Dah solat asar dah?" Raisha angguk kepalanya.

"Dah solat dekat surau Uni tadi. Raisha naik atas kejap ya?" Mereka menganguk dan dia segera mengatur langkah naik ke bilik.

"Kau memang tak belajar cara hormat suami atau kau nak aku bagitahu kau?" Raisha memandang wajah ketat Azril.

"Kenapa ni?" Soalnya hairan. Azril berdecit dan bangun dari duduknya dan mendekati ke arah isteri. Dicengkam kuat rambut Raisha.

"Kau nak keluar kau kena minta izin dari aku dulu faham tak betina!" Raisha meringis sakit.

"S.. saya tak sampai hati nak kejut awak." Azril menghentak kepala Raisha di dinding sehingga dahi tu berdarah.

"Tak guna belajar pandai pandai tapi hormat suami pun kelaut!" Ditarik rambut Raisha dan ditolak ke bucu katil.

"S..saya minta maaf." Dipegang dahi nya. Azril menyepak pinggang gadis tu tanpa rasa bersalah.

Jejaka tu keluar bergitu saja tanpa mempedulikan kesakitan Raisha. Dia bangun perlahan lahan untuk membersihkan diri.

Raisha mencelikkan matanya memandang wajah ketat Azril. Jejaka tu menghunus pisau ke dalam perutnya.

"Azril!" Raisha terjaga dari tidur nya. Muka nya berpeluh dengan nafas turun naik.

"Kau pehal terjerit jerit?" Dia menoleh ke arah Azril yang keluar dari bilik air. Terkejut dia bila tiba tiba Raisha panggil nama dia.

Gadis tu memeluk lututnya dengan erat. Disembamkan muka nya di lutut. Selagi Azril ada selagi tu dia takut.

Azril terdengar tangisan kecil dan dia menoleh ke arah Raisha yang bahunya mengigil sedikit. Dia segera mendekati dan bercangkung depan isterinya.

"Kau kenapa ni?" Dia cuba mahu menyentuh lengan tu namun sebaik menyentuh gadis tu seperti histeria.

"Pandang aku Raisha." Gadis tu mengeleng kepalanya berkali kali dengan memeluk erat lututnya.

Azril hanya memandang isterinya yang masih mengigil. Dia segera bangun untuk keluar bagi memberi masa buat Raisha.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang