BAB 5

6.2K 172 1
                                    

"saya tak sangka dia buat saya macam ni sekali." Azril semakin suka mahu mencucuk Raisha yang mula mempercayakan dia. Mampos kau Imran!.

"Dia sebenarnya tak cintakan kau pun Raisha. Dia cari kau sebab bosan ja dan aku tengok dia dengan gf baru dia tu nampak bahagia sangat." Raisha tidak mampu tahan air mata nya lagi. Dia menunduk dengan menutup wajah nya.

Azril meraih tubuh tu ke dalam pelukkan nya dan diusap perlahan. Lidah menolak ke tepi dinding mulutnya. Gotcha!.

"S..saya nak balik." Dia meleraikan pelukkan Azril padanya dan bergegas untuk pulang.

Setelah Raisha hilang dari pandangan, Azril membuka mask nya. Senyuman sinis tidak lekang di bibir. Dia sudah dapat apa dia nak.

"Tak susah aku nak buat gf kau percaya aku Im." Dengan hati yang senang, dia melangkah ke arah motornya.

AZRIL menghirup nescafe nya dan duduk dikerusi dimana skrin komputer memaparkan lokasi Raisha.

Dilihat lokasi tu adalah sebuah restaurant. Mungkin dia bekerja disitu. Dilihat jam masih ada 5 minit sebelum gadis tu pulang.

Dari badan yang sandar kini badannya menegak apabila gadis tu tidak pulang melalui jalan ke rumah. Mata hitam nya tajam memandang.

Setelah 20 minit dia melihat, lokasi gadis tu terhenti di tepi jalan atas bukit. Tanpa berlengah dia mencapai jaket dengan helmet nya untuk ke sana.

TANGAN naik mengesat air mata yang masih jatuh. Masa bekerja tadi, dia kurang fokus dan banyak kali ditegur.

"Tak sangka awak buat saya macam ni Im. Awak mainkan perasaan saya macam tu ja." Ini lah padahnya bila hubungan jarak jauh. Macam macam boleh jadi. Patutlah dah jarang chat rupanya tengah keluar dengan skandal.

"Tak elok duduk sorang sorang dekat atas ni." Terkejut Raisha yang sedang melayani perasaan. Ditoleh melihat jejaka yang jumpa dia di pantai petang tadi.

"Awak buat apa dekat sini?" Azril mengatur langkah mendekati. Diberi sapu tangan dan Raisha melihat sebelum mengambil.

"Cari angin malam. Tak payah lah kau bazirkan air mata dekat jantan tu. Tak ada guna pun. Dia abaikan kau, dia curang belakang kau, laki macam tu kau nak pertahankan lagi?" Dijongket kan keningnya.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now