BAB 34

5.7K 158 1
                                    

Raisha melentok kepala nya di dinding dengan laptop di peha. Nak tidur atas katil dengan sofa tapi sudah diharamkan.

Dia mendongak dan mengetuk dahinya dengan tangan agar menghilang mengantuk.

"Auch" terasa pedih tepi dahi bila tangannya terkena tempat tersebut.

"Raisha Ayra, come here." Suara serak basah tu memanggil nya untuk pergi ke arah dia. Raisha segera bangun mendekati mana tahu Azril perlu apa apa. Laptop sudah ditutup letak ke atas sofa.

"Awak nak apa apa ke saya boleh turun ambilkan?" Azril bangun dari baringannya dan menarik tangan Raisha sehingga gadis tu terbaring menghempap nya. Comforter ditarik menutup tubuh mereka berdua sehingga pinggang.

Azril mendakap erat tubuh isterinya. Ditepuk tepuk bahu Raisha. Perlahan lahan Raisha terlelap dengan tepukkan di bahu.

PAGI itu Raisha menyiapkan sarapan pada Azril terlebih dahulu. Dilihat bayangan jejaka itu memasuki ke arah dapur.

"Blah, aku taknak makan semeja dengan kau." Raisha angguk faham dan berlalu naik ke bilik untuk bersiap.

"Awak, saya balik lewat sikit harini. Ada kerja kumpulan yang kena siapkan." Disalam tangan suaminya tapi kalini lebih lama.

"Kau dah kenapa salam pun nak menangis?" Raisha mengeleng kepalanya tanda tidak ada apa apa.

"Saya pergi dulu. Bye assalamualaikum." Diatur langkah keluar dari rumah tersebut. Azril hanya menjawab salam di hati saja.

AZRIL memandu keretanya untuk pulang dan dia berkerut dahi apabila seperti ada kemalangan saja. Dia memperlahankan kereta.

RA6677

Nombor plate tu dibaca dan matanya meluas melihat kereta Audi tersebut. Dia terus parking tepi.

"Sayang!" Mereka menoleh ke arah nya apabila Azril memandang sosok tubuh yang  mereka mahu bawa masuk ke dalam ambulance.

Berdegup kencang jantung Azril melihat keadaan isterinya yang berlumuran darah. Dia berlalu ke kereta untuk mengikuti ambulance tersebut.

"Jangan tinggalkan aku Raisha!" Azril menjerit kuat dalam keretanya sambil mengikuti ambulance yang membawa isteri dia.

JEJAKA KIRIMAN SYAITAN [C]Where stories live. Discover now