SIDE STORY : DAMIEN I

287 12 0
                                    

Damien sedang serba tak kena.

Nak buat kerja, rasa tak kena.
Nak makan, tak tahu rasa apa.

Semuanya gara-gara seorang gadis jauh nun di Malaysia.

Rindunya kepada Haaya semakin membuak-buak. Datang secara tiba-tiba bila dia belek gambar mereka berdua didalam telefon.

Hanya itu yang dia mampu. Memandangkan Haaya begitu jauh dengannya.

Senyuman manis Haaya buatkan dia rasa rindu. Terlalu rindu.

Sekarang, rasa menyesal juga menjengah. Setelah apa yang dia buat.

Damien menjauhkan diri dari Haaya semasa dia belajar di London. Panggilan telefon jarang dijawab. Mesej juga begitu.

Seolah-olah Haaya bukan lah sesiapa baginya.

Semuanya kerana Mary.

Cemburu dengan hubungan baiknya dengan Haaya, Mary memberikan kata dua. Bila Damien tak mahu, dia mengugut Damien dengan hidupnya sendiri.

Hubungan yang dia sedar adalah toksik bila mereka akhirnya putus.

Pada awalnya, Haaya bertanya kenapa.

Kenapa Damien seolah-olah mengelak darinya?

Apa yang dia buat?

Apa salah dia?

Tapi bila Damien berhenti menjawab panggilannya, Haaya juga berhenti. Persahabatan yang wujud sekian lama bagaikan hilang begitu sahaja.

Haaya terasa. Sangat terasa.

Bila Damien balik ke Malaysia sebelum ke US pula, Haaya tidak melayannya seperti dulu.

Bibirnya masih menguntum senyum. Masih membalas perbualan. Tapi semuanya kosong. Sekadar berbasa-basi.

Damien menyesal tak sudah.

Bila Damien akhirnya harus ke US untuk sambung MBA, barulah dia dan Haaya berbaik.

Cuma...

Haaya tidak lagi memulakan langkah pertama. Dia takkan sesekali menghubungi Damien terlebih dahulu. Tidak akan ada apa-apa daripada dia.

Jadi Damien mulakan semuanya. Mengambil hati Haaya semula selepas apa yang dia lakukan.

Seperti hari ini.

Tapi kali ini bila dia cuba hubungi Haaya, panggilan tak berjawab. Mesej pun tak berbalas.

"Haih.."

Bunyi keluhan Damien buatkan Andra menjenguk dari buku yang dibacanya. Hanya sepasang mata yang mencuri pandang dari buku tebal didalam tangan.

Roommatenya itu asyik mengeluh sejak semalam. Tak tahu apa yang tak kena.

Sejak dia kenal dengan Damien tiga bulan lepas, mereka berdua serasi berkawan. Tambah pula, mereka berdua orang Malaysia yang sama-sama ada di perantauan.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now