Chapter 17

1.4K 76 2
                                    

Bunyi gelak ketawa memenuhi wad private itu. Kedengaran bersahaja dan gembira. Moment indah buat satu keluarga yang bersatu semula setelah sekian lama.

Alexandra dan Lily duduk mengapit James di sebelah kiri dan kanan katil. Sementara Haaya dan Ameena duduk bersebelahan di sofa yang disediakan. Di hadapan katil James. Damien berdiri di sofa sebelah Haaya. Memerhatikan situasi dengan senyum nipis.

"You know what?", Damien bersuara tiba-tiba sedang mereka seronok bergelak ketawa mendengar cerita Alex tentang dia dikejar kangaroo sewaktu berjalan dengan kawannya ke hutan terpelihara di Victoria.

Ketawa semakin perlahan dan semua mata mengalih perhatian ke arah Damien. Menunggu kata-kata seterusnya.

"Damien tak pernah sangka hari ni akan tiba. Kita semua berkumpul semula macam family yang sebenar-benarnya. I'm in peace now."

"I second that. Lega hati tengok uncle dah okay dengan Alex.", Haaya memberikan senyuman paling ikhlas yang dia pernah senyum. Akhirnya hubungan anak-ayah kembali terjalin semula. Tengok mereka berdua bergelak ketawa. Keserasian antara anak dan ayah yang terserlah membuatkan dia sebak tanpa sebab.

James melihat ke arah isteri, anak-anaknya dan juga Haaya dan Ameena yang dianggap keluarganya sendiri. Senyuman terukir dibibir. Tenang.

"Daddy pun dah lega. I could go in peace any second now."

James ketawa kecil bila lengannya dipukul Lily dengan manja.

"Don't you say something like that!", Lily mencerunkan matanya dengan senyuman kecil dibibir.

Tangan Lily dicapai oleh James sebelum dikucup lembut. Diusap perlahan tangan lembut Lily. Sentiasa romantis dengan isterinya. Lily tersenyum penuh bahagia diperlakukan begitu oleh suaminya sebelum mengucup pipi James pula.

"Euw. Euw. Euw.", Alex laju bangun mendapatkan Haaya dengan wajah geli. Tak sanggup nak tengok mak ayah bermesra dihadapannya. Awkward as hell.

Damien membuat muka gross sebelum mengalih perhatiannya kepada Ameena yang menjulingkan matanya ke atas. Nampak sangat dah biasa dengan kelakuan romantis mereka.

"Astaghfirullahalazim, ya Tuhan mata ku.", Haaya menutup matanya sambil tergelak. Adegan apakah ini.

"James, Lily. Nak romantik bagai pun, ingat anak-anak dekat sini ya.", Ameena menegur dengan wajah selamba.

Tersipu-sipu James dan Lily mendengar kata-kata Ameena.

"Sorry kids.", Lily menyengih.

Alex dan Damien menggeleng kepala dengan senyuman tertahan sementara Haaya sudah tersenyum lebar. Ni barulah hashtag couple goals.

"Kita orang balik hotel dulu. Nanti apa-apa, mummy call okay?", Damien berpesan kepada ibunya.

Walaupun dia menawar diri untuk menjaga daddy, mummynya melarang. Nak spent time sama-sama katanya. Dia biarkan saja memandangkan dua tiga bulan ni memang daddy selalu berjauhan dengan mummy. Ada urusan syarikat di US. Mesti banyak perkara yang dicerita. Termasuklah soal Alex.

"Okay. Drive safe, darling.", Lily menepuk perlahan tangan anaknya.

*       *       *

Alex dan Haaya terbaring di atas katil. Rasa letih sangat hari ni. Ameena yang baru keluar dari bilik air menggeleng kepala melihat mereka berdua. Letih sangat gelak sepuas hati tadi. Diaorang berdua ni memang. Bergabung, meletup.

"Tak nak mandi ke, Haaya? Alex?"

"Nak, nak!", Haaya terus bangun dan masuk ke dalam bilik air. Mereka bertiga berkongsi bilik hotel yang sama. Lagipun bilik mereka besar. Bilik Damien bersebelahan dengan mereka. Senang kalau nak ke hospital sekali dan sebagainya.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now