Chapter 48

1.7K 86 1
                                    

Wajah Haaya masih nampak teragak-agak. Tak tahu nak percaya atau tidak. Ragu-ragu dengan apa yang didengar dan pada masa yang sama dia rasa macam nak percaya.

Argh. Confuse.

"Awak tahu ke siapa yang cuba nak culik saya tu?", soal Haaya.

Razin berkerut. Memikirkan semula apa yang dia nampak sebelumnya.

"Saya terdengar seorang lelaki ni bercakap dalam telefon. Dia cakap kuat juga. Mungkin dia ingat tiada siapa faham bahasa Rusia. Saya fasih sebab saya ambik bahasa tu masa belajar dulu.", jawab Razin.

Haaya mengangguk faham.

"Then saya dengar dia cakap pasal seorang perempuan. Cari dekat pantaiz. Jauh daripada group. Kena bertindak cepat.", sambung Razin lagi.

"Apa yang buat awak ingat tu saya? Mana tau tu perempuan lain?", soal Haaya lagi.

Razin buat muka serba salah.

"Sebab dia sebut nama PA awak. Afzan."

Haaya berkerut. Afzan? Kenapa dengan Afzan??

"Dia cakap biar Afzan rasa apa yang dia rasa bila orang yang kita sayang mati."

Ayat Razin membuatkan Haaya terkedu. Mati?

"They want me dead?", perlahan suara Haaya.

Rasa tak percaya. Apa salah Afzan? Apa salah aku? Suka hati je nak hukum orang lain sampai membabitkan mati bagai.

Razin mengeluh perlahan.

"Bila dia sebut nama awak, saya terus panik. Nasib baik saya jumpa awak dulu sebelum diaorang.", Razin mengeluh perlahan.

"Awak tak nak call polis? Diaorang mesti tengah cari saya.", Haaya menggesa.

Dia tahu mesti Alex dan yang lain risau. Dan Damien.. Oh God. Damien. Harapnya Damien tak terlalu risau.

"Saya tunggu keputusan awak memandangkan hal ni berkait dengan PA awak. Plus, I've just text Alex.", Razin menayangkan telefonnya.

"Kenapa kita tak balik ke sana je?", Haaya gelisah.

"Saya harap Alex jumpa kita dulu sebab lelaki tu nampak macam bukan biasa-biasa.", Razin berkerut.

Lelaki itu nampak macam bukan orang baik-baik. Bertatu liar semacam. Dia bukannya memandang serong akan sesiapa yang bertatu tapi ni macam tatu spesifik je. Macam dalam geng.

*       *       *

Telefon yang bergetar menandakan mesej masuk dibuka segera. Nama Razin membuatkan Alex berdebar-debar. Nak minta duit tebusan ke?

Haaya ada dengan I. I seriously takde niat nak culik Haaya. Tapi Haaya dalam bahaya. Ada lelaki Rusia cuba nak culik Haaya. Meet me dekat sini. And hurry please. Sebab I tak tahu kalau lelaki tu dapat kesan kami.

Mesej itu disertakan dengan lokasi di mana mereka berdua sekarang.

Alex laju membalas.

I'll be there. ASAP.

Alex segera menunjukkan mesej itu kepada Afzan. Sebaik sahaja dia membaca mesej itu, wajah Afzan berubah. Tetapi hanya seketika.

"Kita boleh percaya ke dia?", bisik Alex.

Damien entah ke mana dengan polis. Dan sekarang dia tak pasti nak buat apa. Yang penting padanya adalah keselamatan Haaya.

"I think I know the Russian guy. Kita kena gerak ke sana secepat mungkin.", Afzan mengemas beg galasnya dan Alex ikut daripada belakang.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now