Chapter III

2.7K 106 0
                                    

"So how?"

Itu soalan pertama yang diujar Damien sebaik saja panggilannya dijawab Haaya.

How mende?

Howdy cowboy ke?

"How what?"

Soalan berbalas soalan. Tudung yang terasa senget dibetulkan. Apa lah tudung ni macam-macam lah pe'el dia. Kalau sekali problem, rosak mood dia untuk hari ini.

Haaya menyengih walaupun tudung bermasalah. Damien pula dah mula nak merengek.

Sengaja buat tak tahu apa yang dimaksudkan oleh Damien. Sedang bereksperimen dengan apa yang Ajeerah sebutkan semalam. Seorang lagi kawan baik sejak sekolah menengahnya.

Dia memerlukan ally perempuan walaupun Damien boleh merangkumi aspek feminin juga. Hahaha. Cuma feminin yang tidak berapa asli ni tak best lah. So in total, dia ada tiga bestie. Ini jelah pun circle kawan yang paling dia percaya.

"Haaya..." Meleret suara Damien menyebut namanya. Ye tahu, nama aku sedap.

Ketawa Haaya mengundang keluhan kecil Damien.

"You know what I meant right?"

"Hmm.. Maybe yes?"

"Haaya!"

Terlepas lagi ketawa Haaya. Alah, nak gurau sikit pun tak boleh.

"Saya dah ada dekat bawah ni. Jangan kata awak tak nak turun. Saya naik atas nanti.", ugut Damien.

Hah! Ugutan lapuk. Takde maknanya dia nak naik atas. Anak dara penuh ni di sana sini.

Dorm untuk mahasiswi mestilah penuh perempuan. Kalau sesat lelaki, mau kena pukul berjemaah.

"I got a lot of stares here, baby. I mean like, I know I'm handsome tapi all these staring games is so tiring."

Ayat Damien membuatkan Haaya menjulingkan mata ke atas. Habit yang dia develop kerana sikap confident Damien. Nasib baik lah confidence dia berasas. Memang handsome so tak boleh nak sangkal pun.

"Enough with the self praise. Bila lah nak merendah dirinya?"

Suara Haaya yang muncul di belakang membuatkan Damien terus berpaling secara automatik. Sengih dibibir juga automatik. Muncul tanpa dipaksa.

"Ha, ingatkan betul-betul tak nak ikut tadi. Saya nak redah pergi ke bilik awak tadi dah tau."

Ugutan Damien dibiar bagai angin lalu. Macam lah berani. Ceh.

"Saya berani tau."

Ayat Damien membuatkan Haaya menjulingkan matanya ke atas lagi. Ini ke kelebihan friendship yang dibina bertahun lamanya? Boleh telepati? Sebab tu senang je nak teka apa yang ada dalam kepala biarpun tanpa suara.

"Whatever lah apek."

"Hey!"

Sengihan lebar Haaya muncul. Dia tahu Damien anti dengan perkataan apek. Katanya macam pakcik tua pulak sedangkan dia masih muda belia. Tak patut panggil dia apek. Itu kata Damien lah. Bukan dia.

"Nak bawak saya ke mana ni?"

Huh, aku korbankan waktu tidur aku untuk dia ni tau. Harapnya berbaloi lah. Sesiapa yang rapat dengan Haaya tahu betapa dia amat menyukai waktu tidurnya.

Kalau Haaya sanggup mengorbankan waktu tidur, anggaplah diri itu bertuah.

"Huh?"

Aik? Damien berangan? Rare ni.

"Awak berangan, Damien?"

Haaya curious. Tak marah, cuma hairan.

"I'm thinking if bookstore is a good idea. I know this new place. Nice jugak."

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now