Chapter 24

1.3K 68 1
                                    

"Er.. Er.."

Razin mencari ayat yang hilang terbang ke mana bila ditenung Haaya. Garang juga Haaya ni ya. Dia suka.

"Orang tanya, dia tersengih pulak.", dahi Haaya berkerut.

Dah kenapa Razin ni? Orang tanya, dia tersengih sendiri. Soalan aku kelakar ke? Dia tak tahan nak gelak sebenarnya. Dia bukannya marah pun. Dah biasalah bila Damien buat dia jadi perisai bila ex dia datang. Cuma sekarang ini dia sengaja nak buat Razin tak senang duduk. Seronok.

Terus Razin tergeleng laju bila Haaya mencerunkan matanya.

Andra menahan senyum melihat Razin yang bagai disiplinkan oleh pegawai tentera. Kelakar. Baru dia kenal siapa Haaya bila dia masuk mode garang dia.

"Saya.. Saya sebenarnya..", tergagap Razin.

"Saya apa?!"

"Saya sukakan awak!"

Hah?

Mereka berempat berkongsi wajah terkejut yang sama. Menganga. Terutamanya Haaya.

Apatah lagi kata-kata Razin agak kuat dan menarik perhatian orang lain di sekeliling. Ada yang mula mengambil perhatian dan bersorak kecil.

Haaya merasakan wajahnya panas. Malu.

Andra orang yang pertama ketawa besar sebelum disertai Jo. Ajeerah menahan ketawa yang menunggu masa nak tersembur.

"Awak ni. Buat malu je. Jom blah, cepat."

Haaya menjegilkan matanya. Razin yang tersedar mereka sudah mula menarik perhatian orang lain, mengangguk laju.

Belum sempat mereka pergi, mereka semua dihampiri dua orang wanita berpakaian kemas.

"Cik? Encik? You berdua ni lovers ke?", kata wanita pertama.

Laju Haaya menggeleng sementara Razin hanya senyum.

"Oh, bukan eh.", mereka berdua seakan-akan memikirkan sesuatu.

"Boleh tak kalau kami mintak tolong? Benda simple je.", wajah mengharap mereka membuatkan Haaya lembut hati.

Haaya termenung melihat ke arah jambangan bunga matahari dan sekotak coklat yang diterima kerana membantu dua orang staff pawagam tadi.

"Untung awak dapat coklat.", Razin tersengih. Haaya menjulingkan matanya ke atas.

"Weh, Haaya! Muka korang berdua dah naik dekat ig post diaorang!", suara Ajeerah teruja sebelum menunjukkan gambar itu kepada Haaya.

Dia dan Razin tersenyum seperti pasangan bahagia di dalam gambar itu. Caption gambar tu pun kemain lagi. Bersemut skrin telefon dibuatnya dek sweet sangat ayat-ayatnya.

"Tak sangka kau setuju nak buat benda macam tu, Zin.", Andra sengih.

Bila dua orang wanita tadi meminta mereka jadi model sempena hari girlfriend sedunia, Razin terus setuju walaupun Haaya terpinga-pinga. Dapat lah cenderahati jambangan bunga dan coklat beserta kad vip.

"Mana lah tau jadi betul.", gumam Razin dengan nada rendah.

"Apa dia?", Haaya berkerut. Macam dengar Razin cakap sesuatu.

Razin laju menggeleng dengan senyuman. Tadi nyaris kena hempuk dengan Haaya sebab tarik dia untuk bergambar. Kalau Haaya dengar apa dia cakap tadi, mahu kena hempuk betul-betul kali ini.

"Tapi kan, korang ni boleh jadi pelakon lah.", ujar Jo yang masih meneliti gambar mereka berdua.

Haaya mencicip airnya dengan wajah pelik. Pelakon? Sebab?

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now