Chapter 41

1.6K 75 0
                                    

Pintu diketuk perlahan. Halus bunyinya.

Haaya menegakkan badan. Ada orang ketuk pintu ke?

Takde bunyi pulak. Telinga aku yang salah kut.

Mata kembali menyambung fokus kepada dokumen di depan mata. Bila mendekat hujung tahun ni memang makin banyak kerja sebab nak kejar tahun depan.

Bunyi pintu diketuk sekali lagi membuatkan Haaya tegak semula.

Peliknya. Siapa pulak ni? Dah lah Afzan cuti hari ni.

"Masuk.", ujar Haaya.

Masih tiada siapa yang masuk.

"Masuk lah.", Haaya menguatkan suaranya sedikit.

Pintu masih tertutup rapat.

Haaya berkerut. Lain macam ni. Hati  mula berdebar. Aku yang berhalusinasi ke atau... Ade makhluk lain yang main ketuk-ketuk?

Ah sudah.

Tapi sekarang dah tengah hari. Nak masuk waktu lunch dah pun. Hantu lapar ke macam mana ni?

Haaya bangun mendekati pintu dengan berjaga-jaga.

Sebaik sahaja pintu dibuka, wajah Damien yang terkejut bertemu dengan wajahnya yang juga terkejut.

"Damien! Apa main ketuk-ketuk ni?", marah Haaya.

Jantung terasa berdegup kencang kerana terlalu terkejut. Sabar, jantung. Damien je tu.

Damien menepuk dadanya dengan muka yang masih terkejut. Sudah lah terkejut Haaya buka pintu tiba-tiba. Disergah pula oleh Haaya.

Jadi terkejut kuasa dua.

"Ya Allah, Haaya sayang oi. Nasib baik tak mati keras saya kat sini.", Damien mengambil nafas.

Keras badan Haaya mendengar ayat Damien. Betul lah apa yang diaorang cakap. Apa yang Alex cakap pun betul lah ni?

Tiba-tiba Haaya rasa tak puas hati.

Diketuknya bahu Damien dengan pen di tangan. Geram pulak rasanya. Kata kawan baik. Share semua benda. Tapi berita penting macam ni tak nak share!

"Aduh!", Damien mengaduh.

Kenapa pula dia kena ketuk?

"Geram betul saya tengok awak ni!", Haaya mendengus.

Langkahnya laju menuju ke mejanya semula sebelum duduk dengan geram. Bergegar kerusi jadinya.

Haaya fokus semula ke kerjanya tanpa mempedulikan Damien yang terpinga-pinga.

"Kenapa? What did I do??", Damien duduk dihadapan Haaya tanpa dipelawa.

"What did you do?", Haaya mencerun.

"Kata bff tapi berita pasal awak dah convert datang dari mulut orang lain. Dah lah semua orang tahu kecuali saya!", Haaya memeluk tubuh.

Kurang asam betul. Mak pun tahu dulu sebelum aku.

Damien ternganga sesaat sebelum dia menyengih dan menggaru belakang kepalanya.

Tanda nervous.

"Er.. Sebenarnya saya bagitahu Alex dulu. Then dia yang bagitahu semua orang as soon as I explained everything to her. Saya nak bagitahu awak secara berdepan.", Damien serba salah.

"I'm sorry.", ujar Damien seikhlas hatinya.

Haaya mengeluh perlahan. Aku cuma tak puas hati sebab aku orang last tahu je.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now