Chapter 37

1.3K 79 0
                                    

Bau sahaja minyak wangi kegemaran Mary, Damien sudah rasa gelisah. Bau dah dekat, maknanya orangnya pun dah semakin dekat.

Damn.

Chill, Damien. Bertenang.

Terasa ada tangan yang melingkar di bahunya. Terus keras badan dibuatnya.

"Do you miss me?", bisik Mary ditelinga Damien.

Damien tiada reaksi. Tidak senyum. Tidak marah.

Mary yang sudah biasa dengan reaksi itu duduk di hadapan dengan senyuman. Dia tak kisah asalkan Damien ada di dalam tangannya dan bukan lagi di sisi budak perempuan kampungan tu.

"What are you doing here, Mary?", suara Damien kedengaran bosan. Dia berpaling menghadap mejanya semula. Mary pula duduk diatas meja.

Walaupun hatinya berdegup laju. Takut andai Mary tahu apa yang dirancang sekaligus membahayakan nyawa keluarganya dan Haaya.

"I just miss you, that's all. Can't you open your heart for me, Ian? Just like old times?", Mary mendekatkan wajahnya ke wajah Damien.

Sekali pandang macam pasangan yang memang tengah bermesra. Tapi wajah Damien menidakkan semua.

Wajah dijauhkan. Damien berpeluk tubuh.

Mary mendengus geram. Kadang-kadang sakit hati juga dibuatnya dengan Damien ni. Jual mahal sangat.

Setiap kali dia berjumpa dengan Damien, memang dia akan berhias secantik-cantiknya. Tapi. Damien macam tunggul. Tiada perasaan langsung.

"What does she has that I don't, Ian?", tanya Mary.

Damien tidak menjawab. Lebih baik diam sahaja daripada menjawab. Satu, dia tak mahu menarik perhatian ramai. Dua, dia tak mahu nyawa Haaya jadi gantinya.

"I have everything yet you still want her.", Mary semakin geram. Apa yang hebat sangat dengan budak tu?

Telefon dicapai dan didail nombor seseorang. Matanya tajam memandang Damien.

"Scare her."

Damien duduk tegak. Takutkan siapa?

Dahi Damien mula berpeluh. Takut.

Kerutan di dahi Mary membuatkan Damien berjaga-jaga. Wajah Mary nampak terkejut.

"What do you mean you can't get close to her!?"

Mary membentak meja dengan marah.

Damien terkejut. Apa yang jadi?

Tanpa berkata apa-apa, Mary terus pergi. Mulutnya masih terkumat-kamit memaki orang suruhannya. Laju langkahnya pergi jauh dari pejabat Damien.

Damien memanjangkan leher untuk melihat jauh mana Mary sudah pergi sebelum mencapai telefon yang diletakkan di dalam laci mejanya. Telefon yang diberikan oleh Afzan.

"Is she okay?", soal Damien sebaik sahaja panggilan berjawab.

"She's fine. They won't get to her as long as I'm here. Bagi saya seminggu je lagi untuk selesaikan semua.", tenang suara Afzan.

Damien menghela nafas lega.

"Terima kasih."

"Takde hal. And in five minutes, there's something will come to you."

Talian mati tanpa sempat Damien menjawab.

Something? Apa yang Afzan nak bagi pada dia?

Tepat lima minit kemudian, Syukri muncul dengan wajah serius. Sampul surat coklat di tangan diberikan kepada Damien.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now