Chapter VI

1.9K 104 4
                                    

"Kau betul tak nak ikut aku?"

Johanna bersuara. Sedang membetulkan letak selendang di kepala. Time ni lah dia nak senget-senget pulak.

Haaya menggeleng. Bila dia melihat Jo berdiri membelakangkannya, barulah Haaya menjawab dengan suara.

"Tak nak lah."

"Betul ni?"

"Yep."

"Ada Razin tau. Tak nak jumpa dia lagi ke?"

Meleret penuh mengada suara Jo. Haaya tersengih menggeleng sambil membaca. Minggu lepas Andra mengajak mereka berdua keluar dinner bersama.

Barulah dapat bertemu dua mata dengan kawan baik Andra yang selama ini hanya disebut-sebut. Patutlah Andra puji kawan dia melambung.

Memang handsome!

"Aku dah tengok minggu lepas. Sudah lah. Sekali sekala cukup lah untuk cuci mata. Lebih-lebih nanti bertambah pulak rabun aku. Shining sangat."

Jawapan Haaya mengundang tawa Johanna.

"Aku pulak rasa nak kena jumpa banyak kali. Muka dia perghh. Model-model boleh menangis tengok dia. Rasa mata tiba-tiba segar sekejap bila tengok abang Razin. Hilang rabun aku ni."

Lenggok suara Jo bila menyebut abang membuatkan Haaya geli. Geli anak tekak.

Haaya buat-buat nak termuntah.

"Gatal jugak kau ni ya."

"Dah ada depan mata kan?"

Jo mengenyit mata. Nampak betul-betul miang.

"Tapi kan.."

Johanna berpaling menghadap Haaya dengan muka penuh makna.

"Kenapa pandang aku macam tu?"

Ni muka bila Jo ada teori tak masuk akal ni.

"Aku rasa kan, kan.. Dia suka kat kau lah. Masa kita keluar minggu lepas dia asyik tenung kau je bila kau tak perasan. Aku perhatikan je tau."

Haaya menggeleng kepala. Kan betul. Teori tak masuk akal.

"Tak ada maknanya. Sedangkan Damien yang segak bergaya pun tolak aku, inikan pulak Razin si pilot macam model ni. Dalam mimpi lah."

"Percaya lah cakap aku. Kau ni lawa orangnya. Kau je yang selalu humble tak tentu pasal.", komen Jo dengan bersungguh-sungguh.

Tiada komen daripada Haaya melainkan senyuman nipis. Malas nak cakap apa-apa sebab walaupun macam mana pun Jo puji dia, dia tetap rasa dia biasa je.

"Aku pergi dulu. Nak apa-apa tak?"

"Nope. Enjoy your day, Jo."

"Oh, I will. Abang Razin ada kan? Mesti lah seronok."

Ketawa miang Jo membuatkan Haaya ketawa juga. Cuma Haaya punya ketawa versi geli hati. Bukan gatal ye.

Beberapa jam kemudian, sedang Haaya baru berfikir nak landing di atas katil selepas puas menelaah buku dan menonton drama di laptop, telefonnya berbunyi. Menandakan ada panggilan masuk.

Nama yang tertera membuatkan Haaya senyum nipis.

"Dah balik Malaysia ke apek?!"

Damien automatik menjauhkan telinga daripada telefonnya. Nasib baik tak pekak.

"Haaya baby, awak ni saja nak bagi saya pekak ke? And no apek-apek okay."

Haaya tersengih dengan telefon melekap di telinga. Lamanya tak dengar suara Damien sejak dia ke Sweden atas urusan kerja sejak dua minggu yang lalu.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now