Chapter 30

1.4K 81 0
                                    

Kerja yang banyak di atas meja membuatkan Haaya tersenyum sendiri. Kesibukan hari ke hari terasa sangat dialu-alukan. Sejak dia tamat belajar secara tidak rasmi dan memulakan karier disamping Alex di syarikat ini, dia rasa lain.

Rasa powerful in some sense. Corporate sense kut.

Aku dah dewasa, woi.

Aku tau aku maybe akan bosan dengan semua ni. Tambah pulak bila kerja makin membukit tapi aku takkan mengalah. No, no.

Semua kerja ni buatkan aku lupa yang aku bakal jadi isteri orang dalam masa beberapa bulan lagi.

Semua kerja ni buat aku lupakan.. Damien.

Jemari yang sedang menaip dokumen baru terhenti.

No, no, no.

Haaya.

Berhenti fikirkan dia.

Sudah banyak kali aku ulang soalan dan senario yang sama dalam kepala. Dan jawapan dia masih sama.

Andai kata Damien kembali, apa yang aku buat?

Jawapan?

Aku akan masih berkawan dengan dia tapi untuk jadi Haaya-Damien yang sebelumnya adalah mustahil.

Bridges were burned.

Aku dah tak marah. Cuma kecewa masih tersisa.

Bukan aku yang buat hal macam ni. Tapi Damien. Jadi, andai Damien kembali, dia akan buat biasa saja. Lupakan saja semua perkara yang menyakitkan adalah lebih baik buat masa sekarang.

Banyak benda lain yang dia perlu fikir.

"Haaya?", pintu bilik Haaya diketuk.

Menerbangkan semua lamunannya tentang Damien.

Haih, Haaya. Penyakit berangan kau masih lagi ada.

"Masuk lah.", jawab Haaya.

Wajah Alex terjengul di muka pintu. Sengihan lebar terukir diwajahnya.

"Yeah?"

"Ha! Lupa lah tu. Hari ni kan ada interview?", Alex menggeleng kepala.

Haaya mengangkat kening. Interview untuk..?

"Thank God, we're looking an assistant for you. Tengok dah blur. Ini yang yakin sangat boleh ingat semua jadual sendiri tu?", Alex membebel.

Haaya ketawa nervous dengan kuat.

A'ah lah! Hari ni ada interview untuk cari pembantu untuk aku. Untung kan? Baru kerja beberapa bulan, dah nak dapat pembantu sendiri?

"Jom. Calon-calon dah mula datang.", ujar Alex.

Haaya bangun selepas mengemas mejanya ala kadar.

"Alang-alang, bawa handbag Haaya sekali. Kita boleh keluar lunch terus. Then, Alex nak bawa Haaya pergi meeting."

"Me?", nada suara Haaya teruja.

"Why you love meetings?", Alex menjulingkan matanya ke atas. Dia paling tak suka akan meeting.

Haaya mengangkat bahu dengan sengihan. Dia pun tak tahu kenapa. Dia cuma suka. Kena ada sebab ke?

Satu persatu calon temu duga masuk dan pergi sehinggalah tinggal satu saja calon terakhir. Alex sudah mula menggeliat di atas kerusinya. Duduk saja pun boleh sengal badan juga.

"Any opinion, Jim?", Alex bertanya kepada lelaki disebelahnya. Antara orang kuat syarikat.

"All candidates has their own pros and cons. But, hey. Ni bukan terserah pada I. Cik Haaya yang kena buat decision.", Jim menyengih.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now