Chapter 47

1.5K 77 0
                                    

Mata yang terasa berat digagahkan juga supaya dibuka. Lain macam beratnya mata ni.

Haaya menguap.

Mengantuknya rasa. Lama sangat berjalan, macam nilah jadinya. Penat mental dan fizikal. Lembik lah kau ni, Haaya.

Baru nak mengeliat, tiba-tiba terasa tangannya sangkut. Sangkut pada apa dia pun tak tahu.

Haaya mengerdipkan matanya berkali-kali.

Kenapa bilik aku gelap sangat ni? Kenapa aku tak boleh gerakkan tangan ni? Aku lumpuh ke lepas lama sangat berjalan?

Ligat kepalanya berfikir segala macam benda tapi kenapa tak berkait?

Eh!

Haaya rasa berdebar tiba-tiba. Rasa tak sedap hati.

Memori aku yang terakhir, aku kat pantai. Tengah baca buku. Angin sepoi-sepoi bahasa. Minum air. That's it.

Bila masa pulak aku balik dan tidur ni??

Tiba-tiba ada cahaya yang menerjah masuk membuatkan matanya mengecil. Sakit mata dengan cahaya mengejut.

"How are you, princess?"

Suara yang sangat dikenali itu membuatkan jantung berdegup tak normal.

Wajah si empunya suara muncul dengan sengihan yang nampak sangat tak menyenangkan.

"Razin?"

* * *

"Alex!"

Damien segera mendapatkan Alex yang nampak serius dalam perbincangannya dengan seorang lelaki beruniform yang nampak seperti polis.

Sebaik sahaja Alex nampak Damien, laju dia melangkah ke arah Damien yang nampak risau.

"Are you guys okay?", soal Damien.

Baru sedar yang dia tak tanya pun keadaan mereka.

"Kami semua okey. Yang lain semua ada dekat vila.", jawab Alex.

"Any lead about Haaya?"

Damien terus bertanya soalan yang berlegar-legar di dalam kepalanya sejak tamat panggilan telefonnya dengan Alex.

"Setakat ni, takde. Polis still tengah mencari anything yang boleh nak percepatkan kes ni. Thank God polis tak tunggu 72 jam untuk teruskan."

Kalau polis nak ikut prosedur dan tunggu 72 jam sebelum sahkan ini kes culik, memang tinggi risikonya. Peluang untuk tak jumpa Haaya itu sangat tinggi. Apatah lagi dah berapa jam dah ni tapi masih tiada panggilan meminta duit tebusan atau apa-apa saja.

"Polis cakap, kalau dalam beberapa jam lagi masih takde calls or anything, there's a big chance this is personal, Damien.", Alex mengeluh.

Ada nama yang muncul di dalam fikirannya tapi tak mungkin lah.

"Razin?"

Nama yang muncul dari mulut Damien membuatkan Alex mengeluh lagi sekali. Perasaan dia dan adiknya sama.

"What if it's him?", Damien berkerut.

Tapi takkan lah? Apa lagi yang dia mahukan? Bukan kah dia ada kerjaya di Qatar sebagai pilot peribadi keluarga kaya? Ayah Razin pun dah malas nak masuk campur urusan anaknya memandangkan Razin langsung tak menghubunginya.

"Macam mana guards boleh tak perasan semua ni?", soal Damien.

Itu yang membelenggu kepalanya dalam penerbangan dari Malaysia ke seberang. Punya lah ramai dia bagi Haaya bodyguards.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now