Chapter 21

1.5K 81 0
                                    

Termenung Haaya memandang komputer di hadapannya. Banyak kerja tapi memandangkan sekarang ni sudah hampir waktu rehat, dia berhenti menaip. Bersedia nak rehat. Penatnya hari ni. Hari yang penat tapi produktif.

Hari ini genap sebulan dia dan Jo mulakan internship mereka di syarikat Damien. Yang mana dia akan bekerja di sini sebaik sahaja pelajarannya tamat.

Haih. Cepatnya masa berlalu. Dah nak masuk alam bekerja. Haaya menongkat dagu memandang kalendar. Nak kena buat intern sambil belajar ni boleh tahan jugak ye. Terkejar-kejar juga lah jadinya.

Okay. Dah boleh rehat.

"Hey, girlfriend. Jom rehat.", wajah Johanna muncul dari sebelah kubikelnya. Menggeliat dalam cubaan melonggarkan sendi-sendi yang terasa ketat.

"Jom, jom. Aku dah lapar ni.", Haaya sudah mula mengemas meja ala kadar. Nanti balik rehat dia kena sambung kerja juga.

Jo sudah bangun dan memegang beg tangannya.

"Damien nak ikut sekali tak hari ni?", tanya Jo. Selalunya Damien akan ikut mereka lunch sekali kalau takde meeting ke luar. Menyelit je kerjanya.

Haaya mengangkat bahu. Pagi tadi waktu dia bertembung dengan Damien di lif, wajah Damien nampak tegang dengan telefon di tangan. Maybe ada masalah dengan kerja. Jadi dia menyorok sebelum Damien nampak dia. Saja nak tengok sisi lain Damien.

"Bukan tadi masa kau keluar lif, Damien ada sekali ke?", Jo berkerut. Pagi ini dia sampai dulu daripada Haaya sebab semalam dia dan Andra balik kampung. Jadi semalam dia tak balik ke rumah sewa dia dan Haaya.

"Ada. Tapi aku menyorok.", Haaya menyengih.

Lagipun kalau Damien nak join sekali lunch, dia akan datang ke kubikel mereka ataupun mesej terlebih dahulu. Ni takde apa pun. Tak join lah tu kut.

Sambil mereka berjalan menuju ke lif, Jo bertanya.

"Kenapa pulak kau menyorok daripada buah hati?"

Dia sudah tahu perihal Damien meluahkan perasaannya kepada Haaya. Walaupun dia tak bersetuju dengan keputusan Haaya, dia hormat keputusan Haaya. Cara Haaya berfikir berbeza dengan dia. Pada dia, mungkin Haaya nak lihat dahulu sejauh mana perasaan Damien kepada dia. Jujur ke tidak?

Tangan Haaya laju memukul lengan Jo yang sudah ketawa geli hati. Sempat dia lari sebelum lengannya berbekas dengan jemari Haaya.

Belum sempat Haaya mendekati Jo, lif sudah terbuka.

Tangan Haaya tergantung diudara sebaik sahaja mata dia dan penumpang di dalam lif bertembung. Damien.

"Haaya? Nak ke mana?", soal Damien dengan muka pelik.

Haaya ikut pelik. Dia ni mesti busy sangat sampai tak tengok jam ni.

"Sekarang dah waktu lunch, Mr. Kim.", Johanna menjawab.

Matanya melirik kepada wanita disebelah Damien. Cantik. Seksi pulak tu. Tinggi betul belahan pencil skirt dia. Aip. Jo. Mana kau pandang tu ha.

"Sekarang dah pukul berapa, darling? Mestilah staff you nak keluar makan.", wanita itu menyampuk dengan nada mesra.

Terbeliak mata Jo mendengar perkataan darling yang macam sengaja ditekankan oleh wanita seksi itu.

Darling? Apa ni Damien? Dah ada girlfriend pulak ke? Kata nak tunggu Haaya?

Johanna memandangkan ke arah Haaya yang nampak selamba. Pandang pula Damien yang nampak serba salah.

"Kami gerak pergi lunch dulu ya, Mr. Kim. Enjoy your day.", Haaya menarik Jo supaya cepat masuk ke dalam lif. Terpinga-pinga Jo jadinya.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now