Chapter 38

1.3K 82 1
                                    

Telefon diletakkan di atas meja dengan keluhan kecil. Nama Bothwell tertera di atas skrin. Panggilan yang baru tamat seminit lepas.

Mary terlepas.

Haih.

Damien memicit kepala yang mula terasa pening. Nak datang bala lagi ke ni?

Baru sebulan dia merasa bebas daripada Mary dan boleh menyambung sisa kerja di US ni dengan tenang. Tiba-tiba dapat berita macam ni pula.

Tapi dia lebih risau akan nasib Mary nanti. Dulu Mary buat onar dengan keluarga Bothwell. Kali ini dia buat lagi. Tak boleh nak bayangkan nasib Mary kali ini.

Suara Bothwell pun macam menahan marah je tadi. Lelaki itu nampak je macam tenang dan gentleman. Tapi reputasi barannya satu UK tahu.

Nasib kau lah Mary. Suka sangat buat hal.

Pintu pejabat yang diketuk membuatkan Damien kembali ke dunia nyata.

"Come in.", ujar Damien.

Syukri muncul dengan senyum nipis. Ada dokumen yang dibawa.

"Is that for me to review?", soal Damien.

Syukri mengangguk sebelum berkata.

"Dan ada berita untuk bos."

Kening Damien terjungkit. Badan disandarkan ke kerusi.

"Berita baik atau tak?", soal Damien.

Syukri menggeleng dengan sengih serba-salah.

"Ni soal Cik Haaya."

Dengara sahaja nama Haaya, pergerakan Damien terus terhenti. Air mukanya kembali serius.

"Ada apa-apa jadi dengan Haaya ke? Is she okay?", bertubi-tubi soalan Damien.

"Cik Haaya sihat walafiat bos. Cuma..", Syukri berjeda. Gelisah dia berdiri.

"Cuma apa?", Damien tak sabar.

"Cik Haaya dah bertunang."

Mata Damien membesar.

Terkejut.

Rasa tak percaya.

Nafas yang terhenti diambil semula. Cuba mengatur nafas yang hilang.

"Dengan siapa?", tenang Damien bertanya walaupun hati tak setenang itu.

"Razin."

Nama yang keluar daripada mulut Syukri membuatkan perasaan lain pula muncul dalam diri Damien.

Marah.

"What a snake!"

Damien mengetap rahangnya. Perasaan marahnya semakin tinggi. Dia boleh faham kalau Haaya nak move on tetapi tidak dengan Razin.

No.

"Bila kita boleh balik Malaysia, Syukri?", serius soalan Damien.

Tak sabar rasanya nak balik ke Malaysia secepatnya. Nak siapkan semua hal di sini sepantas yang boleh.

"As soon as possible, bos.", jawab Syukri.

Damien mengangguk. Wajah masih nampak tegang.

"Bos, jangan risau. Afzan sentiasa ada dengan Cik Haaya. Kalau Razin cuba buat sesuatu, dia ada.", Syukri yakin.

Damien diam.

Buat masa sekarang, dia perlu bertenang dan hanya tunggu. Belum sampai masanya lagi. Kerja pun belum selesai lagi.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now