Chapter 46

1.5K 75 0
                                    

Katil yang tiba-tiba rasa bergegar membuatkan Haaya terus duduk tegak. Gegaran agak kuat membuatkan dia hampir saja tak boleh bangun. Rasa macam nak terlipat di antara tilam dan selimut tebal.

Gempa bumi ke?

Rasa gelisah terus hilang bila dia nampak sesuatu.

Atau lebih tepat, siapa.

Alex dan Jo melompat-lompat di atas katil. Tak ubah seperti kanak-kanak ribena. Dah boleh jadi mak budak kut dua orang ni.

Afzan dan Ajeerah menyengih di pintu melihat mereka berdua.

Haaya mengeluh.

"Ingatkan Bali ni kena gempa bumi. Kanak-kanak ribena rupanya.", Haaya menjulingkan matanya ke atas.

Jo dan Alex buat tak dengar sebaliknya makin giat melompat-lompat dengan gembiranya.

"Hilang stress weh buat macam ni!", ujar Johanna.

"I feel like a kid again.", Alex menyampuk. Senyumannya bercahaya ke seluruh wajah.

"Lompat tu lompat jugak, kalau patah katil ni siapa nak bayar?", soal Haaya sebelum terus bangun.

Lompat-lompat ni kalau terkena kat aku, boleh patah riuk jugak ni. Tak jadi kahwin karang.

Alex sengih lebar sambil menunjuk kepada dirinya sendiri.

Ceh. Mentang-mentang dia CEO sekarang. Berlagak.

Afzan mendekati Haaya sebelum menarik lengannya.

"Jom makan. Buk Erni masak sedap!", mata Afzan pula bercahaya bila sebut makanan.

"Afzan ni tak padan dengan kecik. Bab makan, dia champion.", ujar Ajeerah.

Afzan hanya ketawa.

"Haa, jom lah. Tinggalkan dua ekor monyet ni kat sini.", Haaya merelakan dia ditarik oleh Afzan.

Sampai sahaja di meja makan, sudah berbagai jenis hidangan sarapan pagi yang tersedia. Serius lah. Buk Erni ni memang terbaik.

"Rasa nak import Buk Erni ke Malaysia je.", ujar Jo.

Matanya sudah terpejam menikmati air tangan Buk Erni yang tak pernah mengecewakan.

"Mana Buk Erni?", soal Alex.

Orang yang dipuji tiada pulak di sini.

"Dia dah gerak dulu. Ada kerja lain.", jawab Afzan.

Selesai sarapan, mereka semua kembali ke bilik untuk bersiap-siap. Dah cukup tenaga nak explore Bali.

"Cantiknya pantai ni.", Haaya memuji tanpa sedar.

Pantai yang bersih dan laut yang biru membuatkan hatinya tenang. Memang hari ni mereka bernasib baik agaknya. Cuaca memang agak redup memudahkan mereka untuk ke sana sini. Rasa nyaman. Macam ni barulah bercuti namanya.

"Hari kita rileks je. Besok kita buat aktiviti mencabar sikit.", Alex menjungkitkan keningnya dengan muka penuh muslihat.

"Mencabar macam mana pulak tu?", soal Ajeerah.

"Adrenaline rush?", soal Jo pula.

"Besok kita betul-betul jadi monyet hehe.", Alex sengih lebar.

"Uuu, menarik.", Jo sengih juga.

Haaya menggelengkan kepala. Mereka berdua ni memang lain berkenan akan monyet agaknya.

"Tak nak pergi mandi ke?", soal Haaya.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now