Chapter 49

1.8K 74 0
                                    

"By the way, saya dah beli rumah untuk kita.", Damien teruja.

Haaya mengangkat kening. Terkejut. Rumah?

"Kita tak duduk kondo awak ke?", soal Haaya.

Setahunya Damien ada kondonya sendiri. Selang beberapa unit daripada kondo milik Alex. Tapi memandangkan Alex duduk dengan mereka bertiga, kondo itu disewakan kepada pasangan suami isteri anak dua. Kawan Alex juga.

"Saya ingat nak buat macam Alex. Sewakan je. Nak jual, sayang lah pulak. My first home kut.", komen Damien.

Segalanya dia yang aturkan. Daripada cat ke perabot ke perhiasan rumah, semuanya dia ambil bahagian.

Haaya mengangguk perlahan. Faham, faham.

"Saya baru je dapat kunci dua hari lepas. Nak pergi tengok sama-sama? Boleh lah bawak interior designer sekali untuk lengkapkan rumah kita.", Damien senyum.

Haaya mengangguk laju. Terasa sejuk jiwanya mendengar Damien menyebut 'kita'.

Damien mengambil nafas perlahan sambil merenung wajah Haaya.

"Kenapa tengok saya macam tu?", Haaya segan.

Kena tibai dengan jemaah masjid karang baru tahu. Tengok anak dara macam tu sekali. Bukannya dia tak nampak ada pakcik-pakcik menyengih tengok mereka berdua. Mungkin pakcik-pakcik tu teringat zaman muda-mudi barangkali.

"I'm just.. I'm just really, really, really bersyukur that Razin saved you.", Damien mendengus perlahan.

Walaupun agak geram dengan Razin tapi tak dinafikan besar jasa Razin kepada mereka.

"Yeah, me too.", Haaya senyum kecil.

Tak dapat nak bayangkan andai kata mafia itu berjaya menculiknya dan... Cuba membunuhnya seperti yang didengar oleh Razin. Part yang itu bila teringat, sentiasa membuatkan dia seriau.

"I kept on thinking, kalau lah plan mafia tu berjaya..", Haaya menggelengkan kepalanya.

Seram nak bayangkan.

Damien menutup mata dengan kerutan di dahi. Tak mampu nak bayangkan.

"And thanks to Afzan too. Kalau dia tak dapat kesan awak secepatnya, saya tak tahu lah apa jadi. Speaking of which, mana dia sekarang? Awak je yang tahu dia dekat mana.", soal Damien.

Haaya tersenyum lembut mendengar nama Afzan. Setelah mereka kembali ke Malaysia, keesokan harinya Afzan ada video call dia. Dan menceritakan kesemuanya. Cerita sebenar disebalik dirinya dan walaupun Afzan ragu-ragu dengan penerimaannya, dia faham. Lain orang, lain ceritanya.

"Somewhere on earth.", jawab Haaya.

Damien ketawa kecil. Sempat nak bergurau.

"It's okay. I totally get it. Lagipun awak dengan Afzan memang rapat so saya faham.", Damien terangguk.

Haaya sengih.

Mujurlah Damien ni memahami. Kalau tak jenuh jugalah nak menjawab tentang Afzan.

*       *       *

Haaya termenung melihat keterujaan Jo dan Ajeerah yang membelek pelbagai jenis baju pengantin untuknya. Menyesal pula ajak teman rasanya. Nak dekat sepuluh baju dah ni yang dipilih mereka berdua untuk dicuba olehnya.

"Yang ni pun kalau kau pakai mesti lawa kan, Haaya?", Jo menunjukkan gaun pengantin kembang yang berwarna peach dengan fabrik tulle sekeliling kainnya.

Cantik. Tapi kalah puteri dah ni.

"Or yang ni? Barulah vavavoom!", Ajeerah pula menayangkan gaun yang lagi kembang daripada yang ditunjukkan oleh Jo.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now