Chapter 50

2.1K 79 0
                                    

Tok, tok, tok.

Bunyi ketukan di pintu membuatkan kepala Haaya diangkat.

Siapa pulak kacau aku ni? Kan dah letak 'Do Not Disturb' kat situ. Sejak Afzan takde ni, susah pulak nak cari PA yang berkenan di hati. Kerja Afzan juga yang tiptop. Jadi buat masa sekarang dia bergerak solo jelah. Tanpa PA.

Balik lah, Afzan. Akak rindu ni. Cue air mata palsu. Hehe.

"Baby? It's me.", suara lelaki yang dibalik pintu bersuara.

Haaya menjulingkan matanya ke atas. Aku dah agak dah. Tak Alex, mesti dia ni.

"Nak apa?", Haaya menyahut.

Badan yang dari tadi tegak menyemak dokumen disandarkan di kerusi. Lenguh pulak badan. Pergi berurut dengan Jo pun best jugak ni. Lama tak pergi urut badan.

"Tak nak bagi bakal suami awak ni masuk ke?", Damien tak menjawab soalan.

Haaya mendengus perlahan.

Apa yang dia nak ni? Kan mak dengan mummy pesan, jangan selalu sangat berjumpa bila majlis dah nak dekat ni. Pantang larang yang tak tahu mana asal usulnya tapi dia setuju.

"No. Mak dengan mummy kan dah pesan?", jawab Haaya pula.

"Alaa, dah seminggu saya tak jumpa awak. Pleaseeee?", meleret suara Damien.

Haaya hampir nak tergelak mendengar nada suara mengada Damien itu. Dia bangun juga dengan muka malas dan melangkah dengan mood yang juga malas.

Pintu dibuka. Wajah Damien yang tersenyum lebar membuatkan Haaya senyum segaris. Tanpa sedar, dia pun rindukan juga lelaki ini.

Damien yang sedang memeluk tubuh menggeleng kepala perlahan.

"Awak ni mesti tak tengok jam kan?", soal Damien.

Wajah blur Haaya menjawab soalan Damien. Dah agak dah.

Damien menunjuk ke arah kubikel yang menempatkan staff mereka yang sudah kosong. Haaya berkerut.

Eh? Mana diaorang semua pergi?

Damien ketawa perlahan.

"Haaya, baby. It's lunchtime already.", perlahan suara Damien menyebut satu persatu.

Lambat-lambat ayat Damien masuk ke dalam kepala sebelum Haaya menepuk dahi.

"Patutlah saya rasa lapar gila!", Haaya ketawa kecil.

Tiba-tiba rasa tak berapa cerdik pula. Perutnya dah bagi tanda awal-awal rupanya.

Jam di pergelangan tangan dipandang. Damn. Dah separuh masa berlalu.

"Patutlah diaorang ada tanya saya nak ikut ke tak tadi."

"Dah, jom. Kita pergi makan.", Damien senyum.

Haaya mengangguk. Dia mengemas mejanya ala kadar sebelum mengambil beg tangannya bersama.

"Saya orderkan yang sama dengan menu saya. Is it okay?", tanya Damien sebaik sahaja Haaya kembali ke meja.

"Mestilah okey. Apa awak makan, saya makan."

Jawapan Haaya membuatkan Damien tersenyum lebar. Entah kenapa rasa kembang sekejap dengar jawapan Haaya ni.

"By the way, awak nak balik tak?", soal Haaya.

Damien mengangkat kening. Balik? Balik mana?

"Balik mana? Rumah kita belum siap lagi.", jawab Damien dengan bingung.

Soulmate? //COMPLETED//  Место, где живут истории. Откройте их для себя