Chapter 14

1.5K 86 2
                                    

Takde sengih-sengih. Takde main-main. Hmm, ni soalan serius ni. Tapi kenapa rasa kelakar eh? Last time Damien tanya soalan macam ni rasanya dalam beberapa tahun lepas. Ada ke dia tanya siapa lagi hensem. Antara dia dengan anak jiran sebelah rumahnya yang masih remaja. Tak lawak.

"Rasanya angin ni kuat dan sejuk sangat kut. Tu yang awak punya soalan pelik lain macam. Jom masuk dalam sebelum angin ni attack kepala awak.", Haaya ketawa dengan kata-katanya sendiri. Kelakar lah aku ni.

Damien menjulingkan matanya ke atas. Orang tengah serius, dia main-main pula.

"Soalan serius, Haaya. Is it me or Razin? Siapa lagi handsome?"

"Memang kena jawab lah ni?"

Haduh, memang pelik-pelik dia ni.

Anggukan Damien membuatkan Haaya berfikir sejenak. Siapa lagi handsome ek..

"Macam nilah. Awak ni muka Pan-Asian. Razin muka Melayu. Tapi baka baik punya.", Haaya ketawa sendiri lagi. Apa benda entah bahasa aku ni.

Damien langsung tidak ketawa. Betul-betul serius menunggu pendapat Haaya.

"So basically, dua-dua handsome."

Konklusi Haaya membuatkan Damien patah semangat.

Maknanya dia mengaku yang Razin tu attractive juga orangnya. Tidak. Hatiku. Hancur.

Tapi..

"Tapi..", Damien mencelah dengan wajah yang seolah-olah mengharapkan sesuatu.

Haaya mengangkat kening. Apa dia?

"Mana satu awak suka? Pan-Asian or Melayu?"

Haaya menyengih dalam gelengan. Kalah soalan SPM punya twist ni. Semacam.

"Cakap jelah awak nak suruh saya pilih awak ke Razin kan, kan, kan?", Haaya mengecilkan matanya. Dia tahu sangat taktik Damien ni.

"Cuba bagi soalan pilih berdasarkan personaliti ke, perangai ke, manner ke? Kan best sikit nak jawab.", komen Haaya. Jawapan masih di simpan.

Damien tersengih. Dia sendiri segan bagi soalan abnormal sebegini kepada Haaya. Tapi dia mahukan jawapan. Hatinya tidak tenang selagi tak dengar jawapan dari hati Haaya.

"So? The answer is..?", gesa Damien dengan suara lembut. Risau.

Haaya diam seketika.

Damien rasa peluangnya sudah tiada.

"The answer is you."

Jawapan Haaya membuatkan Damien tidur dengan senyuman sepanjang malam. Bahagia hatinya kerana Haaya memilih dia daripada Razin si pilot. Entah kenapa dia rasa tergugat dengan Razin. Mungkin kerana dia dapat merasakan Razin hampir mampu membuatkan Haaya gembira?

*       *       *

Alex berkerut melihat adiknya humming sambil mengikat tali leher. Selalunya pagi-pagi macam ni dah kelam kabut nak ke pejabat. Tak mahu sampai lambat katanya. Tapi hari ni, chill je?

"Are you sick?", soal Alex.

Damien mengangkat wajah. Hah?

"Tak. Tak sakit. I'm healthy as ever. And never been healthier. Kenapa?"

Alex mencerunkan pandangan. Banyak jawapan pulak tu? Selalunya pagi-pagi macam ni jangan harap lah si Damien ni nak bercakap banyak. Tanya lima patah, jawab suku patah je biasanya.

Belum sempat Alexandra nak buka mulut untuk bertanya lagi, Haaya muncul dengan sarapan mereka untuk pagi itu. Spagetti goreng dengan udang.

"Sedapnya bau!"

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now