Chapter 23

1.4K 83 2
                                    

Ah. Hari cuti. Finally. Apa nak buat hari ni ek. Baring diam-diam tanpa berbuat apa-apa adalah pilihan pertama. Semestinya. Pilihan kedua mungkin pergi beli barang rumah? Hmm. Mari kita pertimbangkan dulu sebelum bangun dari katil ni. Hari ni katil terasa ekstra best.

Sedang Haaya memikirkan barang apa yang dia kena beli, pintu biliknya diketuk dan dibuka. Laju dia menopang kepala dengan tangan untuk melihat siapakah gerangan yang telah mengganggu ketenteramannya. Wajah Jo terjengul di muka pintu. Menyengih macam membawa berita.

"Abang Andra ajak ke mana hari ni?", teka Haaya.

Wajah Jo jelas terkejut dan kagum. Dia masuk ke dalam bilik Haaya tanpa dipelawa sebelum terus berbaring di sebelah Haaya.

"Hebat lah kau. Boleh teka apa aku nak cakap?"

"Waktu cuti gini bila kau masuk dalam bilik aku sambil sengih-sengih macam nak menyampaikan something, aku boleh agak lah. Nak ke mana? Aku kena join ke?"

Haaya bertanya straight to the point.

"Of course lah kau kena ikut! Sebab Razin ada sekali."

"E'eh kau ni. Apa kena mengena dengan aku?", Haaya berkerut.

Kenapa mesti bila Razin ikut sekali, aku pun kena ikut juga? Bukannya aku ada masalah dengan Razin tapi.. Macam bagi harapan palsu. Tambah pulak, dia tu macam suka kat aku je? Tapi tak tau lah pulak kalau aku yang angkat bakul masuk sendiri kan? Kalau betul, buat malu je.

"Keep your choices open, dear Haaya.", balas Johanna dengan muka jahat.

"Hoi. Tak baik lah. Damien dah cakap nak tunggu aku kut."

Jo menopang kepalanya macam yang Haaya buat tadi. Dipandang Haaya dalam-dalam.

"Kau tau, aku memang sokong korang berdua. Tapi aku terfikir sesuatu yang aku rasa kau fikir jugak. Sebab tulah kau hold dulu perasaan kau pada dia. Walaupun kau suka gila-gila pada dia."

Ayat seorang psikologis di dalam diri Jo mula keluar.

Haaya mendengar dengan tekun. Tiada niat menjawab semula. Dia nak dengar teori Jo dahulu sebelum memberi jawapannya sendiri.

"Aku fikir, kalau korang bercinta and then.. Then what? Umur korang sekarang ni takkan lah nak setakat bercinta? Tambah pulak, aku dengan yakin boleh cakap yang he's the one for you. Tapi.."

Jo berhenti. Memikirkan ayat yang sesuai.

Haaya mengangguk-anggukkan kepala. Meminta Jo meneruskan teorinya.

"Tapi agama kita berbeza. Aku tak nampak dia macam berminat pun nak tukar. Kita bukannya dekat Indonesia yang Muslim boleh berkahwin dengan lain agama. Benda berat ni kalau nak cakap.", Jo sempat menyengih. Mereka jarang bercakap soal yang berat sebegini.

Belum sempat Haaya membalas, Ajeerah merempuh masuk bilik sambil memberikan salam yang meleret. Dia terus mengambil tempat di meja mekap Haaya.

Ajeerah juga menyewa di sini memandangkan syarikat dia intern ada di sekitar sini sahaja. Tapi dia baru sahaja memulakan internship dua minggu lepas.

"I'm home."

Wajah Ajeerah jelas kepenatan. Penat kena buat overtime di hari Sabtu.

"Bincang pasal apa? Nampak serius.", Ajeerah mengangkat kening.

Jo mengubah posisi kepada baring sambil menongkat dagu pula. Haaya masih merenung siling. Mulut Jo petah mengulang semula teorinya yang dikongsi dengan Haaya.

"Tapi betul juga. Takkan korang nak bercouple then stay as a couple je? Mesti ada niat nak hidup happily ever after kan. Tapi takkan jadi benda ni kalau agama jadi penghalang. Dia pulak tak nampak terbuka hati macam Alex.", Ajeerah berkongsi pandangannya pula.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now