Chapter IV

2.2K 105 0
                                    

Kenapalah mesti aku tersekat dalam situasi ni lagi?

Haaya buat muka bosan.

Drama pukul tujuh, here we go.

Damien mencuit lengan blausnya sebelum berkata dengan nada lembut.

"Awak stay sini. Saya datang dengan awak. I want to spend time with you, not her."

Haaya mengangguk dengan senyuman. Memberi sokongan mental dalam senyuman.

Dengusan kasar Esther membuatkan Damien memandang exnya dengan muka beku. Sebeku suara yang keluar kemudiannya.

"And you."

Tudia.

Dua patah perkataan je dah boleh buat Haaya seram sejuk. Tahap kebekuan suara Damien rasa nya Siberia pun kalah.

"Whatever you're implying right now has to stop. You did me nasty. And I will never forgive you for that. So go away before I make you sorry. "

Haaya terkejut mendengar kata-kata Damien. Marah sangat ni.

"I'm so so sorry, Damien. I wasn't thinking. But I still love you and that hasn't change at all. Please come back to me.", air mata Esther sudah mula menitik.

Haaya tergamam.

Wow. This is better than tv.

"You can go now. Or I'll tell your husband what you did behind his back."

Wajah Esther yang pucat tidak berdarah membuatkan Haaya tergamam buat kali kedua.

Apa??

Apa dia buat?

And she's married? Triple wow.

Jelingan tajam daripada ex Damien membuatkan Haaya tak tahu nak pandang ke mana.

Tapi ni dah macam drama tv. Too good to move my eyes.

Jangan lah perempuan ni buat hal pulak tiba-tiba. Dekat public space ni. Malu woi. Malu.

"Don't even think about making a scene."

Damien memberi amaran. Tegas. Haaya jadi kagum sekejap. Tiba-tiba Damien nampak lain di matanya.

"I can make you happier than she does."

Haaya menjulingkan matanya ke atas. Ayat cliché novel ni.

"She is all that I need in this world."

Ayat Damien membuatkan Haaya bahagia seketika sebelum sedar yang ini semua hanya lakonan.

Cis. Hati. Jangan nak berbunga sangat. Takde gunanya.

Esther mendengus kasar lagi sebelum menghentak stilettonya ke lantai. Tiada lagi suara manja. Dah macam bunyi kuda mendengus pun ada juga.

Kuat juga bunyi stiletto yang halus tu boleh buat ek?

Haaya duduk semula ke kerusinya lambat-lambat dengan muka kagum. Damien memandang Haaya dengan wajah risau. Risau dengan penerimaan Haaya.

Suasana senyap seketika.

"Wow."

Damien mengeluarkan ketawa lega.

"Yes, wow."

"Break up tak berapa clean, I guess?", teka Haaya.

Damien mengangguk. Tidak mahu bercerita perkara yang sudah lepas.

"I'm not the bad guy, I swear. But I don't know lah kenapa my exes are crazy. Tapi dua ni je tau ex saya. I'm no player."

Tidak mahu Haaya salah sangka pula. Hari tu ex fling je. Yang ni ex universiti. Tak sangka dalam banyak-banyak tempat, mereka berjumpa di sini.

"Kalau saya yang bystander je dah rasa penat macam ni, I can't imagine you. Kesian juga awak ye."

Kalau dia kena kejar dengan ex macam ni, huish penatnya.

Nasib baik lah aku tak pernah bercinta langsung so kemungkinan untuk dikejar ex itu adalah 0 peratus. Fuh.

Damien ketawa kecil lagi.

"I'm sorry sebab babitkan awak sekali. Jom saya belanja makan."

Haaya tersengih suka.

"Ha, yang tu saya suka. Jom."

*

Damien memerhatikan Haaya yang makan dengan senyap tanpa bunyi tapi penuh berselera. Nampak macam lapar sungguh ni. It means..

"Awak tak breakfast ke?"

Kening diangkat tinggi.

Tangan yang baru nak menyuap nasi ke mulut terhenti di udara. Sengihan yang muncul tanpa dipinta membuatkan Damien menggeleng kepala.

"Baby, I already told you banyak kali yang breakfast tu-"

"Penting. Ye, saya tahu. Tapi saya busy sangat kebelakangan ni. Dengan FYP, assignment, report, quiz mende lagi. Jangan lah marah."

Ayat Damien dipotong dengan efficient nya. Soal makan adalah benda yang sensitif buat Damien.

Kalau Damien tau yang dia tak makan daripada petang semalam dek kerana busy buat FYP, dia yakin telinganya bakal cair.

Dia pun baru sedar yang dia belum menjamah apa-apa sejak petang semalam. Patut lah semacam perut ni. Nasib baik tak kena gastrik.

"No, I can't ever be angry at you. Saya faham tengah busy nak kejar hujung semester ni. Tapi please, jaga kesihatan awak juga. Minggu-minggu akhir macam ni lah awak senang jatuh sakit. Kalau awak sakit, saya juga yang susah nak menjawab dekat mak."

"Laa, apa susahnya. Tipu sunat jelah bila keadaan tak mengizinkan. Tak susah. Senang je."

Haaya ketawa kecil bila Damien tergeleng kepala mendengar jawapannya. Smart mouth kan.

"Awak ni kan. Ada je jawabnya.", Damien senyum.

"Tapi saya tak boleh menipu emak.", sambung Damien.

Ha? Kenapa pulak? Aku pro kut menipu. Bab tertentu jelah. Pada mak lah aku paling jujur sebenarnya. Hahaha. Takut derhaka. Huish tak berkat ilmu nanti.

"Sebab.. Mak kan bakal mak mertua saya. Kalau saya menipu, my credibility as bakal menantu will be questioned."

Hampir saja tersembur nasi di dalam mulut mendengar kelancaran dan keyakinan dalam suara Damien.

Apek ni. Aku perambat dia pakai handbag aku ni karang. Ayat-ayat dia ni saja je suka nak buat otot jantung aku bekerja keras. Dup dap tak tentu pasal.

Duhai hati, jangan macam-macam lah. Jangan lupa apa yang jadi dulu.

"Ada-ada jelah apek ni."

Sedaya upaya suara dipastikan tidak kedengaran terkesan dengan ayat sweet Damien. Not again.

"Awak taknak bersuamikan saya ke, honey boo?"

Damien giat mengusik Haaya yang berwajah selamba.

Ya. Selamba lah kononnya. Padahal jantung ni dah buat deep dive.

"Euw."

Jawapan ringkas Haaya membuatkan Damien ketawa besar sehingga menarik perhatian pelanggan lain yang sedang makan. Nampak macam happy couple sangat. Takde maknanya.

Haaya menjeling Damien yang masih ketawa.

Mintak kena ketuk dia ni.

Mummy, jangan marah Haaya kalau anak lelaki mummy ni senget sebelah kena ketuk dengan buku tebal ni.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now