Chapter 28

1.2K 78 2
                                    

"Razin ada ajak pergi mana-mana ke?"

Soal Jo bila melihat Haaya bersiap-siap. Nampak lebih cantik daripada biasa. Dengan selendang pink nude bercorak abstrak dan blaus hitam simple, Haaya nampak ayu.

"Dia kata nak bawa aku merasa ice skating. Itu ayat dia lah.", Haaya mengangkat bahu.

Ini dating mereka yang keenam. Sudah dua bulan mereka mula berdating dan mengenali hati budi masing-masing. Apa yang dia sebut atau teringin nak makan atau buat, mesti Razin akan tunaikan. Membuatkan dia bersyukur dengan adanya lelaki sebaik Razin.

Dan ini sudah genap empat bulan lebih Damien berdiam diri. Tiada lagi cerita. Mummy tahu apa khabarnya Damien tapi dia tak mahu tahu. Mengelak daripada ambil tahu.

Apa yang dia tahu, Damien mengambil alih anak syarikat mereka di US sementara Alex menjaga syarikat di Malaysia. Alex berhenti kerja di Australia untuk kembali ke Malaysia.

"Haih, Haaya. Bertuahnya badan ada boyfriend sebaik Razin. Aku rasa kau sebut pasal ni minggu lepas. Tup tup hari ni dia nak bawak.", Jo buat muka dreamy.

Haaya hanya ketawa melihat wajah Jo.

"Tulah, aku cakap cari boyfriend. Kau tak nak."

"Aku bukan tak nak. Tapi bila dah lama tak mengorat sesiapa ni, rasanya skill aku pun dah berkarat.", Jo membuat muka malas.

Rasanya hubungannya yang terakhir adalah tahun lepas. Lepas tu tiada lagi pengganti. Crush sana sini ada lah.

"Skill apa yang berkarat?", Ajeerah mencelah sambil mengheret bagasi kecilnya.

Dah habis internship, rasa nak balik kampung sekejap sebelum mula memburu kerja. Sementara nak tunggu majlis graduasi juga.

"Skill mengorat anak teruna Jo dah berkarat.", jawab Haaya.

"Nak aku kenen kan dengan kawan Jun tak?", Ajeerah mengangkat kening dengan muka teruja.

Jo menggeleng tak mahu.

"Kenapa?"

Ternaik kening Ajeerah.

"Malas lah. Kalau aku dah ready nanti, sampai lah tu jodoh aku.", balas Jo dengan suara malas campur redha.

"Dia boleh pilih kawan-kawan abang Andra je. Senang.", Haaya menyengih.

Jo mengangguk dengan muka penuh muslihat. Kawan abang kan ramai. Sekali pun abang tak berkenan, dia boleh cari jalan lain. Ini Amelia Johanna lah.

Suara lelaki memberi salam bergema dari hadapan rumah.

"Ha, dah sampai. Punctual betul dia ni.", ujar Haaya sambil melihat jam di tangan.

Janji pukul 3 petang, memang jam 3 juga lah dia sampai. Pencapaian yang bagus.

"Ready?", Haaya menoleh ke arah Ajeerah.

Mereka akan hantar Ajeerah ke stesen bas dahulu sebelum pergi ice skating.

*       *       *

"Awak reti ke nak main ni?", soal Haaya.

Razin nampak kekok berdiri dengan dua kakinya sendiri bila masuk ke dalam gelanggang ais. Nampak macam baru dapat kaki. Terkedek-kedek memegang railing yang ada di dinding. Macam penguin. Penguin mutant.

"Er.. Saya tak pernah main sebenarnya."

Haaya menahan senyum. Tak baik gelakkan orang. Nanti malu pulak dia kena gelak tengah-tengah ramai orang ni.

"Hmm, okay. Saya faham."

Haaya cekap meluncur menuju ke Razin. Sengaja dia membiarkan Razin bertatih agak jauh tadi. Nak tunjuk skil dia je sebenarnya.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now