Chapter 13

1.5K 82 2
                                    

"Apa maksud kau?"

Muka Alex nampak terkejut. Terkejut gila. Dia masih ingat dua tahun lepas bila Damien berkali-kali menegaskan yang dia hanya pandang Haaya sebagai seorang kawan. Tidak lebih daripada itu. Lama Haaya menjauhkan diri daripada Damien.

Bila Damien terpinga-pinga dan bertanya kenapa Haaya mengelak daripada dia, Alex rasa nak ketuk je kepala adiknya itu. Bebal. Takkan lah selama ini dia tak nampak yang Haaya sukakan dia?

"I said I like her. I fell for her.", wajah Damien masih lagi beku. Seolah-olah dia sendiri tidak percaya dengan perasaannya sendiri.

Alex diam seketika. Cuba memahami situasi ini. Okay. Damien sedar yang dia sukakan Haaya. Tapi. Kenapa muka dia semacam?

"Then kenapa muka kau macam tu?"

"Macam mana?"

Soalan berbalas soalan.

"Muka macam takde perasaan je?"

Kata suka tapi macam tu je?

"Habis tu takkan lah nak buat grand gesture pulak? Dedikasikan lagu untuk seorang Haaya, macam tu?"

Alex ketawa dengan pilihan ayat adiknya. Baku betul.

"So kau dah bagitahu dia ke?"

Dia tak mahu bertanya macam mana Damien boleh tiba-tiba jatuh hati pada Haaya. Sebab dia takkan faham otak orang yang sedang jatuh cinta.

"No way!"

"Kenapa pulak?", Alex pelik. Andai kata perasaan Haaya masih ada untuk Damien, mesti dia suka bila dapat tahu perasaannya terbalas.

"Our friendship will be ruined. Lagipun, aku tau ni sekadar fling je. Setakat one time crush je. It will stop.", Damien mengangguk-angguk sambil bercakap. Meyakinkan diri sendiri.

Entah kenapa hatinya terusik bila melihat Haaya setelah sekian lama dia tak balik kampung. Haaya nampak lebih matang dan semakin pandai membawa diri. Baru lima bulan dia tak balik, dah banyak perubahan pada diri Haaya. Tak dinafikan juga, Haaya nampak semakin cantik. Dah kenapa dengan aku ni??

Alex menyengih.

"Yakin?"

Sepatah balasan Alex membuatkan Damien diam semula.

Alex membuka mulut lagi. Membuatkan Damien berfikir dengan lebih dalam.

"Macam mana kalau aku cakap, perasaan kau pada Haaya takkan pernah go away? Sebaliknya, dia akan bertambah dari hari ke hari. Tahun ke tahun."

Damien ketawa nervous.

"Kau ambik course ID ke course doktor cinta ni?"

"I can do both. But mark my word, kalau kau tak buat something, someone who is worthy enough will take her away. Dan masa tu aku akan sokong demi kebahagiaan my baby girl. Kalau kau terlepas gadis sebaik Haaya, your loss. Menganga lah kau. Aku gelak je time tu."

Sengihan Alex yang sekali pandang macam kucing Cheshire dalam Alice in Wonderland membuatkan Damien menelan air liur kesat. Sebab dia tahu kebenaran kata-kata kakaknya.

*      *       *

"Kenyangnya perut saya ni, rasa nak kena longgarkan tali pinggang.", Haaya ketawa kecil.

"Tak rugi kan Alex lantik saya jadi tour guide awak?", Razin mengangkat kening.

Haaya mengangguk laju.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now