Chapter 10

1.8K 81 1
                                    

Langit Perth dipandang dengan wajah tidak beriak. Sekejap lagi kapal terbang akan mendarat. Sesekali matanya memandang ke arah kokpit. Arwah abah dulu pun pilot juga. Kalau arwah abah masih hidup, agaknya abah dah jadi instructor. Yelah, waktu abah masih ada, dia sudah menjadi captain.

Rindunya kat abah.

Kalau lah kemalangan itu tak terjadi, bulan depan mereka sekeluarga boleh menyambut ulang tahun kelahiran abah bersama-sama.

Tapi takdir Tuhan. Abah pergi dahulu. Kapal terbang terhempas di kawasan lapang tidak jauh dari Bern, Switzerland. Mengakibatkan kesemua anak kapal dan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian. Kecuali dia. Satu-satunya survivor.

Bila kemalangan itu diketahui pihak berkuasa Swiss, tiada siapa menyangka ada mangsa terselamat. Jadi mereka mengambil masa untuk identify mangsa sebelum dia dijumpai di celahan mangsa yang lain. Lemah tetapi masih mempunyai denyut nadi.

Tiga hari.

Tiga hari lamanya dia sendirian menunggu bantuan.

Setahun.
Setahun lamanya dia mengambil masa untuk pulih. Dan masih lagi mengambil masa untuk menerima hakikat.

Dia sendiri tidak sangka masih boleh bertahan dengan luka parah di dada dan kaki. Selepas dia dijumpai, dia koma selama sebulan dek kerana kecederaan yang teruk. Kata mak, doktor pun tak mampu nak memberikan harapan.

Tetapi Tuhan memberikan dia peluang. Peluang untuk melihat mak semula. Hidup bersama mak.

Walaupun tanpa abah yang pergi meninggalkan mereka berdua selamanya.

"Are you okay?"

Suara prihatin Damien menjengah ke halwa telinga.

Haaya berpaling menumpukan fokus kepada Damien. Senyuman nipis diberi. Sengaja menyembunyikan gundah hatinya. Mimpi buruknya masih lagi berulang walaupun bertukar ganti psychologist. Damien tidak perlu tahu. Mereka semua tidak perlu tahu.

"I'm good. Excited nak jumpa Alex."

Automatik Damien tersenyum.

"Harapnya dia dah siap-siap tunggu kita di airport."

Mata mereka berdua melilau mencari Alex dicelahan puluhan orang lain yang menunggu ahli keluarga atau kenalan mereka keluar dari balai ketibaan.

"Awak nampak dia tak?", soal Damien dengan kerutan di dahi. Alex terlupa ke?

"Saya tak nampak-"

Ayat Haaya tergantung bila dia nampak wajah yang paling dirinduinya sejak tiga tahun ini.

Lebar senyuman Haaya melihat perubahan Alex. Perubahan paling nyata.

"Alex!"

Laju Haaya berlari mendapatkan Alex. Teruja. Nasib baik orang sekeliling faham dan memberikan dia ruang. Kalau tak, rasanya dia akan merempuh orang lain tanpa niat. Kerana niatnya hanyalah untuk mendapatkan Alex.

Impak larian dan pelukan Haaya membuatkan Alex hampir jatuh. Nasib baiklah kaki Alex kuat dan mampu menampung mereka berdua.

"You really miss me?"

Ayat Alex kedengaran terkejut.

Terkejut dan terharu.

Pelukan direnggangkan.

Disekehkan kepala Alexandra yang berbalut dengan senyuman lebar.

"Mesti lah!"

Alex memulangkan senyuman yang sama lebar. Ditariknya Haaya semula dalam pelukan. Melepaskan rindu tiga tahun terperap.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now