Chapter 12

1.5K 76 1
                                    

Daripada air pesanan Razin belum siap sehinggalah dah habis minum dah pun, barulah Alexandra nampak muka. Muka bersalah.

"Haayaaaaaaa!"

Terkejut Haaya bila disapa dengan suara Alex yang meleret. Nasib baik tak tertumpah hot chocolate ni.

"I'm so so sorry."

Rasa bersalah teramat sangat kerana tak sedar empat jam sudah berlalu. Kalau dah meeting dengan klien yang cerewet, memang susah nak habiskan meeting awal. Ada sahaja perkara yang nak diubah.

"Haaya cakap je nak apa, Alex belanja.", bersungguh-sungguh Alex bercakap.

"It's okay lah, Alex. Lagipun Haaya ada teman.", Haaya menyengih kepada Razin.

Alex baru perasan akan Razin. Sebaik sahaja matanya dan Razin bertemu, masing-masing terkejut.

Eh??

"You? Alex?"

"Razin?"

Haaya blur. Dah kenal ke?

"Kenal ke?", soal Haaya kepada Alex.

"Lah, apa pulak tak kenal. Dia ni classmate Alex masa kat UCLA.", terang Alex kepada Haaya yang mengangguk faham.

"Lama tak jumpa you, dah banyak perubahan.", Razin masih lagi rasa tidak percaya.

Alex flip tudungnya ke belakang bahu dengan muka bangga, "Makin cun kan, I?"

Tersembur ketawa Haaya melihat reaksi Alex. Confidence dia memang tidak boleh dipertikaikan. Sebelum dia berhijab, Alexandra hampir jadi model kerana wajahnya yang cantik dan badan yang menarik. Bila dah berhijab, makin bertambah cantik pula dia.

"You ni. Dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah ya.", Razin ketawa kecil.

"Well, I'm good. So no changes needed. Speaking of changes, macam mana you boleh kenal dengan my baby ni?", Alex memeluk bahu Haaya yang menjulingkan matanya ke atas sebaik sahaja mendengar perkataan baby. Menyampah pulak lama-lama. Aku bukan baby lah!

"I kenal Haaya sebab kawan I, Andra, abang kepada kawan Haaya. Ada lah dalam dua tiga kali kitaorang keluar sekali."

Alex membuat muka teruja. Dah pernah keluar sekali?

"Damien tau tak?", soal Alex.

Haaya berkerut. Kenapa pulak nak bagitahu Damien? Bukannya ada kena mengena dengan dia?

"No.. Why should I?", Haaya mengangkat kening.

Wajah penuh makna Alex dipandang dengan penuh tanda tanya. Kenapa semacam je ni?

"No reason. No reason yet.", nada suara Alex mengatakan yang sebaliknya.

Belum sempat Haaya bersuara Alex sudah memotong.

"You free ke, Razin?"

Razin mengangguk.

"Kalau macam tu, you bawak Haaya jalan-jalan sekitar sini boleh? Sementara I attend just one more meeting? Please?"

Terbeliak mata Haaya mendengar permintaan Alex.

Hoi! Sesuka hati nak suruh orang lain temankan aku? Tadi janji lain.

"No problem. Pukul berapa I nak kena pulangkan Haaya?"

Jawapan Razin membuatkan Haaya terbeliak sekali lagi.

E'eh diaorang ni. Buat aku macam tak wujud je dekat sini?

"Dalam pukul 5 ke? I'll make sure semua meeting settle dah. Give me your number."

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now