Chapter 9

1.7K 80 0
                                    

Mampu ke aku?

Mampu ke aku nak pujuk Alex? Ya, dia maybe akan dengar cakap aku. Tapi Alex ni degil namati orangnya. Selama ini tak dapat nak pujuk or cari sebab dia senyap tanpa khabar berita. Tiada emel, surat ataupun call sama sekali. Dalam tempoh dua tahun Alex menghilang, hanya sekali sahaja dia mengirim surat tanpa alamat return. Hanya untuk memberi tahu yang dia selamat. Cuma tahun lepas Alex mula contact mereka semula dan nampak lebih lembut hati.

Tapi sudah cukup lembut kah hatinya untuk aku pujuk?

Tiga pasang mata memandang ke arah Haaya. Masih menunggu keputusan keluar daripada mulut tuan punya badan.

Haaya ketawa nervous.

"Iye, Haaya ikut. Jangan lah semua pandang Haaya macam tu sekali."

Mereka bertiga mengeluarkan nafas lega. Ingatkan Haaya nak menolak.

"Terima kasih banyak-banyak, Haaya."

Haaya menggosok lembut tangan Lily.

"Haaya akan cuba sedaya upaya untuk lembutkan hati Alex, mummy. Inshaa Allah."

Moganya mampu lah aku nak pujuk Alexandra supaya mahu pulang semula ke sini. Dengan izin Tuhan.

*       *       *

Sudah lama tak naik kapal terbang. Kali terakhir rasanya tahun lepas. Trip universiti ke Taiwan. Dia ada rahsia sebenarnya. Dia suka berjalan ke sana sini tetapi untuk menaiki kapal terbang, itulah masalah besar dia. Masalah betul-betul besar.

Waktu trip ke Taiwan, dia sudah bersiap bersedia dengan ubat dan Jo pandai mengalih perhatiannya. Jo tahu benar akan masalahnya ini.

Hari ini terasa macam segala datuk nenek moyang perasaan gugup singgah di dalam hatinya. Tak boleh nak berfikir dengan lurus. Dada terasa sempit. Malang betul kali ini dia terlupa bawak ubat. Damn it, ubat tu penting.

Damien mengerling ke arah Haaya yang sedari tadi mengambil nafas dalam tanpa henti. Gaya macam tengah tahan diri daripada lari keluar ikut tingkap pesawat pun ada juga.

"Awak takut."

Bukan soalan tetapi lebih kepada penyataan.

Haaya spontan membuka matanya dengan luas sambil menggeleng laju. Damien tersenyum nipis melihat reaksi Haaya. Dia kenal betul dengan reaksi Haaya yang ini. Maknanya dia sedang menipu. Yang mana maksudnya, yes. Dia takut. Haaya takut.

"Trauma awak still ada."

Sekali lagi bukan soalan tetapi penyataan. Damien bersimpati.

Haaya diam tanpa jawapan. Lama. Kemudian dia mengangguk. Entah kenapa dia terasa keupayaannya untuk bercakap hilang. Dia terasa lemah semangat pula.

"Kalau awak takut, cuba pejam mata awak. Ambil nafas. Always remember, I'm right here. Always."

Damien memberikan senyuman paling meyakinkan hati yang dia mampu. Haaya mengangguk. Dia cuba. Dia kena cuba juga. Hai. Nampak gayanya terpaksa lah bergantung pada kekuatan mental sahaja memandangkan ubat tiada.

Peluh mula merenik di dahi. Terasa basahnya. Dada tiba-tiba mula terasa sempit. Mata ditutup rapat. Sekuat hatinya. No, no, no!

Bayangan asap hitam pekat dan bau besi panas serta bau darah menusuk ke dalam hidung. Nafas terasa tersekat. Bunyi rintihan sayup-sayup kedengaran.

Ya Allah! Kenapa sekarang juga flashback ni datang?

Tangan mencengkam sesuatu tanpa sedar. Matanya masih ditutup rapat. No, no, no. Kenapa sekarang? Dia terasa ada di waktu itu. Again. Peristiwa yang mengorbankan ayahnya. Hampir juga mengorbankan dia.

Soulmate? //COMPLETED//  Where stories live. Discover now