BAB 5

280 20 1
                                    

          Terukir senyuman puas hati di bibir Katherine apabila membayangkan Farhan dengan gam yang bertakung takung di sekeliling tempatnya.Barulah mood dia okey sikit. Padan Muka Farhan!!Kau buat kat aku..2 kali ganda aku balas..biar kali ni Farhan pulak yang menahan geram dan badmood macam apa yang dia hadapi pagi tadi.Sambil sambil membayangkan Farhan...matanya terhenti di bakul yang menempatkan Nasi Lemak.Ada sebujngkus je lagi!Pantas tngan Katherine mencapai terus nasi lemak tersebut. Malangnya ada tangan yang sama memegang nasi lemak tersebut. Katherine terus menoleh ke arah orang yang cuba merebut nasi lemak daripadanya. MAMAT NI LAGI?!

"Aku sampai dulu Izz..." Kata Katherine dengan gigi yang diketap.Geram! Kat mana mana pun ada mamat ni!!!

"Come on Humyra...doesn't matter who came first...what matter is Who hold this Nasi Lemak first. And that person is me" Farhan mengukir senyum sinis. Y allah...rasa macam nak tarik je bibir dua tu sampai terkoyak ke belakang..biar mati dalam senyuman.! Panas nya hatini!!!

"Aku yang pegang dulu" Humyra menarik nasi lemak kearahnya.

"Aku dulu" Farhan melakukan hal yang sama sperti Katherine. Jujurnya dia tak nak pun Nasi Lemak ni..dia bukan minat dengan nasi lemak..tapi sebab dia tgk muka Katherine yang bersinar sinar melihat Nasi lemak..jadi dia saje je cari pasal untuk membalas dendam.

"Aku!" Katherine menarik nasi lemak itu

"Aku" Farhan menjongket sebelah kening dan menarik nasi lemak tersebut.

"Aku laaaa" Katherine menarik balik

Farhan menoleh kepada mak cik salma yang berdiri di dapur melihat mereka berdua sedari tadi.

"Mak cik..mak cik pun nampak siapa yang pegnag dulu kan?Saya yang pegang dulu kan?"

Terpinga pinga mak cik salma melihat dua orang di hadapannya. Entah lah nak menangkan siapa. Dia bingung

"Bagi aku je lah!" Celah Rayyan dan terus merampas nasi lemak itu. Penat la tengok dua ekor ni..dia dah lapar..silap hari bulan sampai habis waktu reht pun dia tak makan sebabkan dua ketul ni.

Dua dua menoleh ke arah Rayyan dengan muka yang jelas geram dengan tindakan Rayyan. Tetapi Rayyan tidak melayan Farhan..dia memandang mata Katherine dan mengukir senyuman 

"Good Luck Kath...lawan habis habis tau...aku nak tgk siapa jatuh cinta lagi" Rayyan pun mengenyit mata sebelum berlalu pergi meninggalkan Katherine yang terkaku.

Tiba tiba Rayyan muncul balik depan Katherine.Tidak sempat Katherine iingin berganjak daripada tempatnya.

"Nama aku Rayyan Mikael.Apa apa pasal aku..kau boleh tanya aku..Tak de orang ynag lebih kenal Farhan daripada saya kenal dia" Kata Rayyan sebelumn betul betul melangkah pergi.

Tetapi kalini Katherine yang tertoleh melihat langkah Rayyan tetapi baru beberapa langkah Rayyan berjalan..dia menoleh kebelakang semula

"Aku dengan kau is kinda harsh...saya tak suka kasar kasar..jadi saya cadangkan kita guna saya awak. Okey?"

Katherine hanya diam tidak menjawab 

"I take that as a Yes" Lagi sekali Rayyan emngukir senyuman dan berjalan bersama Faris

Satu yang dalam kepala dia sekarang selepas melihat Rayyan. Rayyan memang handsome..handsome sangat..tapi dia ni playboy ke sebenarnya? Sekejap sebelum dirinya dilanggar oleh seseorang dari tepi. Dia pun memandang homosapien itu. Farhan la...dia sudah mengambil meehoon goreng. Sempat dia menjelir lidah sebelum kembali pusing hadapan dan berjalan pergi. 

Katherine sekadar mengeluh. Akhirnya dia mencapai meehoon goreng dan membeli air sirap dan berjalan ke arah meja yang Alia duduk. Baru sesaat dia duduk di kerusi sebelum mukanya disimbah dengan air teh o yang tidak kurang panasnya.Habis basah hingga ke baju sekolahnya.Dia pun memandang perempuan yang sedang berdiri di hadapannya. Tak kenal. ye..dia manalah kenal orang di sekolah..Tapi yang pasti..Perempuan di hadpannya betul betul cari pasal.

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now