BAB 19

183 18 1
                                    

             Selepas memandi dan mecantikkan Sofea....Tiba masa untuk dia pula membersihkan diri.Pagi tadi Sofea menangis dan mengamuk tidak mahu mandi kerana air terlalu sejuk,puas Laila memujuk dengan lembut..Tetapi Sofea tetap begitu,Katherine akhirnya menghulurkan lollipop,dan barulah Sofea diam...Katherine pun memujuk dengan lembut...dan mengangkat Sofea ke tandas.Sekarang,Sofea sudah selesai...comel pulak tu! Laila dan Sofea sudah bersedia untuk turun. Pihak perempuan mengenakan pakaian warna baby blue...pihak lelaki pula mengenakan pakaian warna cream.Katherine duduk merenung dirinya di hadapan cermin...Ini memang masalah besar....Shawl...dia mana reti nak lilit lilit ni! Make up make up bagai...Ikutkan hendak sahaja dia lilit gaya santai yang sekadar baling sahaja kedua dua hujung shawl ke belakang. Kan senang tu? Tetapi pesan Elisha..

"Esok majlis kahwin jangan nak pakai tudung setakat baling hujung kat belakang"

Katherine melepaskan keluhan berat.Apa patut dia lakukan sekarang?

"Kak...Boleh tak?" Tegur Laila yang baru shaja menapak masuk ke dalam bilik bersama Elisha.

"Eh...Mana Sofea?" Tanya Katherine.Hairan dengan Laila.

"Dia makan dengan Along....Elisha yang ajak Laila naik untuk tolong akak"

"Elisha dah agak dah angah mesti blur depan cermin...x tau nak buat apa apa"celah Elisha

"Jadi Laila dengan El datang nak touch up sikit" Sambung Laila pula.

        Farhan mengutip nasi nasi yang ada di sekeliling mulut Sofea.

"Nak makan lagi?" Tanya Farhan

Sofea menganggukkan kepala. Berekrut dahi Farhan,banyak betul Sofea makan harini?Ini pun dah pinggan kedua!

"Along...Fea nak Kak Rin yang suap" Rengek Sofea.

"Kak Rin?" Lagi sekali Farhan agak terkejut dengan Sofea...Sejak bila pulak Sofea manja sangat dengan Katherine?

"Ha!!! Kak Rin!!" Sofea tiba tiba tersenyum riang sambil menggoyang goyangkan kakinya.

Pantas Farhan mengangkat pandangan memandang ke arah yang Sofea tunjukkan.Terbuntang mata Farhan.Masa terasa terhenti...seolah olah hanya ada mereka berdua di dalam rumah ini...Masyaallah...cantiknya...lain sangat dengan Katherine yang biasa dia lihat..Tudung shawl yang dililit kemas,dikenakan pula bersama Abaya cream yang menaikkan seri Katherine. Sesuai sungguh dengan Katherine.Menambahkan lagi kecantikan dengan wajah yang make up tetapi sedikit dan nipis shaja...Sangat simple.

"Masyaallah.." Itu yang tertitip di bibir Farhan saat ini.Tetapi cukup perlahan hanya dia seorang sahja yang mendengar.

Ashraf dihadapan Farhan menyiku lengan Rayyan "Tengok tu tengok tu" Bisik Farhan

Bibir Rayyan mengukir senyuman yang jelas menganjing "Terpukau sangat dah tu"

Ashraf pun terus mengusap bahu Farhan.Langsung,Farhan tersedar dan terus mengalihkan pandangan dan saat itu juga dia bertembung dengan wajah Ashraf dan Rayyan yang senyum jahat sambil menjongket jongket kan kening.

"Jangan terpukau dengan kitorang pulak...Geli geli" Bisik Rayyan sambil mengenyitkan mata.

Kaki Farhan terus menendang kaki Rayyan di bawah meja. "Aku ketuk kepala korang berdua kang" Farhan engetap gigi.Wajahnya sudah bertukar warna.

Terletus gelak Ashraf dan Rayyan.

"Wow!!! Kembar aku ke ke ni? Is this the real Katherine Humyra? Tak kenal la" Tegur Uzayr yang baru sahja turun daripada tingkat atas.

Ashraf dan Rayyan mengeluh...Lambat la Uzayr ni..patut nya turun awal sikit..baru boleh tengok muka orng terpukau..

"Asal?Lawa sangat ke aku harini?" Katherine membuat muka berlagak di hadapan Uzayr.

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now