BAB 32

175 17 4
                                    

                  Rayyan pulang ke rumah bersama Mummy dan daddy.Alia juga dibawa bersama pulang...Mummy tak benarkan Alia untuk pulang ke kem akibat risau yang masih menebal. Manakal Farhan berkeras tak mahu pulang,Katanya..

"10 malam tidur atas kerusi pun Han tak kisah,mummy..jadi biarlah Han kat sini"

Mummy beralah juga kahirnya dengan keputusan seteguh tiang daripada anak sulung..Tetapi sedihnya dalam hati sebagai ibu melihat anak yang seorang itu tak habis habis menelan segala perasaan seorang diri. Menanggung sakit yang bertahun lamanya..sakit sendiri juga diabaikan demi seorang wanita yang tidak mengingati pun akan kewujudannya..

Rayyan membawa langkah longlai masuk ke dalam bilik...Mengingatkan tentang situasi malam ini...kepalanya kembali membawa diri ke memori lalu...Rindu yang tak terubat..tamparan dalam kehidupan yang sangat sakit dan pahit..Dia pun mengambil sebuah buku log yang sudah lama bersarang tak bersentuh di dalam almari. Kemudian dia menarik keluar sehelai kertas.

 Assalammualaikum Rayyan Mikael..

Ni luahan hati mama yang tak lama lagi akan mencecah 16 tahun,Dah cukup  besar dah anak mama yang seorang ni...Maafkan mama ya sayang...maafkan papa juga sebab kami x bersama dengan Rayyan pun.Mama tahu Rayyan bencikan mama dan papa sebab tinggalkan Rayyan waktu 6 tahun..mama faham..anak mana lah tidak walang ditinggalkan oleh ibu dan bapa pada waktu umur yang muda begitu? Sewaktu budak budak lain bermanja dan minta macam macam dengan mak ayah masing masing...Rayyan hilang saat tu..Rayyan menjadi matang lebih awal dari yang sepatutnya.. Maafkan mama sayang kerana balik pun hanya setahun sekali..Rayyan tak dapat membesar dengan mama...Mama sendiri selalu tertampar setiap kali pulang..Rayyan makin tinggi dari tahun lepas yang mama lihat..Rayyan makin kemas dari tahun lepas yang mama lihat...Makin segak,makin tampan...dan Paling tertampar waktu kita jumpa buat pertama kalinya lepas Rayyan bertukar suara. Percayalah sayang..mama juga sedih..mama juga sakit..

    Tapi mama dan papa buat semuanya demi kebaikan Rayyan dan Fasya..kamu berdua harta mama dan papa..tiada yang lebih bernilai pada mama dan papa selain daripada kamu berdua...kamu berdua bukti cinta halal mama dan papa. Daripada sebelum kamu melihat bumi lagi...hati mama dah bangga dengan kamu..setiap pergerakan,setiap respond yang kamu bagi dalam rahim mama...mama akan tersenyum bahagia..

    Kamu berdua sangat berharga..jadi mama dan papa tak sanggup untuk bawa kamu duduk di US,di negara yang liar..negara yang terlebih bebas...mama tak nak akidah anak anak mama rosak...Mama tak nak Rayyan dan Fasya melihat pantai yang di penuhi dengan pakaian pakaian yang tak senonoh...Sebaliknya mama nak Rayyan dan Fasya memandang pantai sebagai tempat yang tenang..Mama tak nak pandangan mata anak anak mama ni melihat bandar US yang penuh dengan hiburan haram..Mama tak nak anak anak mama melihat dunia di sisi yang salah...

    Mama dan papa tinggal Rayyan dan Fasya di malaysia dengan niat kamu berdua rapatkan silaturrahim dengan saudara mara...Mama dan papa tak sentiasa hidup,jadi kenal dengan saudara mara ,sangatlah penting...Mama tak nak masa hadapan Harta mama hancur hanya kerana tamaknya seorang ibu untuk hidup dengan anak anak.

   Mama sayang Rayyan Mikael sangat sangat...tidak terkata di bibir..hanya tuhan yang tahu betapa dalamnya sayang mama pada anak anak mama...Jika terjun bangunan atau lemaskan diri di dasar laut untuk selamatkan nyawa Rayyan,mama tak ragu ragu untuk korbankan nyawa mama. Rayyan Mikael lebih  berharga daripada nyawa seorang mama yang tinggalkan anaknya membesar sendiri. 9 bulan mama angkur Rayyan dalam rahim mama...Itulah saat yang paling berharga dalam hidup mama. Sebab waktu tu lah kita berdua sangat rapat...tiada yng dapat merampas Rayyan dari mama..Hati kita dalam satu badan,terikat rapat berpisah tiada...Setiap hari mama hitung hari dan saat untuk menyambut Rayyan. Papa juga selalu berbisik dan mengucup perut mama..jelas di wajah papa tidak sabar menyambut seorang putera ke dunia cinta kami...Tak sia sia pengorbanan mama bertarung nyawa lahirkan seorang putera yang sangat baik,matang dan tampan ke dunia. 

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now