BAB 30

180 18 4
                                    

                  "Farhan!" Puan Nurin terus memeluk anak sulungnya kemudian melihat Farhan dari atas hingga bawah dan bawah hingga atas. Jelas risau yang terpampang di wajah seorang ibu.

"Han okey,Mummy..rest assure" Pujuk Farhan,Dia menenangkan mummy dengan menggosok lembut lengan Puan Nurin. Puan Nurin menanggukkan kepala kemudian menoleh ke arah Rayyan pula..baru sahaja ingin memeluk dan bertanya tentang keadaanya,badan terhenti apabila mata menangkap seseorang yang sedang menyorok di belakang Rayyan. 

"Siapa tu?" Aunty Nurin membuat Isyarat ke arah Rayyan.

Terukir senyuman manis di bibir Rayyan "Bakal menantu mummy" Bisik Rayyan.

Terlepas sedikit gelak daripada mulut puan Nurin.

"Mummy..Humyra macam mana?" Soal Farhan...kalau nak mesra dengan mummy lepasni..biarlah..tapi dia nak tahu hal yang satu tu.

"Dia tak sedar lagi,Han...Darah dia banyak hilang..ubat oenenag dalam badan dia pun terlalu kuat..Belakang dia berdarah teruk..mungkin akibat diseret atas tanah..kepala dia pun bengkak..darah tak berhenti mengalir akibat hentakan yang kuat.Doktor cakap Katherine hebat sebab dapat lawan semua benda ni..jadi sekarang masanya kita pula untuk berdoa.." 

Farhan mengepal penumbuk...Ditelan rasa marah yang makin membuak buak. "Mummy please...Han marah sangat sekarang..Han rasa macam nak bunuh dia..Tolong Han"

Puan Nurin terus memeluk anak sulungnya...menyalurkan secebis ketenangan daripada seorang ibu..Tangan menggosok belakang Farhan tanda memujuk "Jangan ditahan rasa tu Han...menangislah..mummy ada" tetapi Farhan tetap menelan rasa sakit itu. Hati ibu mana yang tak lawang melihat anaknya yang daripada dulu tak habis habis menanggung sakit? Malah Farhan selalu ditahannya segala emosi seorang diri... "Sabar lah sayang...mummy ada dengan Han..Seperti dulu..letakkan keyakinan kita pada Katherine"

      Rayyan pula yang sedih memerhatikan Farhan yang tak habis habis ingin menelan segala rasa seorang diri.Tiba tiba bahagian ditarik perlahan menyebabkan dia tertoleh kepada Alia.

"Saya nak jumpa Kath,Boleh tak?"

Hujung bibir Rayyan ternaik sedikit mengukir senyuman.

"Mummy...ada orang nak jumpa Kath"

Puan Nurin kemudiannya menoleh ke arah Alia cuba mencari wajah yang menyorok di sebalik Rayyan.

"Sini lah..Aunty boleh bawakan...tapi Farhan tak boleh ikut ye...Rin tengah terdedah aurat tu"Terselit sindiran buat Farhan. Farhan pula sekadar balas dengan senyuman tawar kepada mummy. 

Ragu ragu Alia ingin berjalan denga aunty Nurin Alia memanggungkan kepala ke arah Rayyan..memberi isyarat supaya Rayyan ikut sekali...  kemudian Rayyan menundukkan sedikit kepala dan berbisik di tepi telinga Alia.

"Alia Sofea...Kalau dah Farhan tak boleh..saya ni apatah lagi..Just go..try rapat rapat kan diri dengan Bakal mak mertua" Sakat Rayyan.

Terbeliak mata Alia mendengar usikan tepi telinga Rayyan tetapi Rayyan hanya mengenyitkan mata apabila melihat wajah kaku Alia. Puan Nurin berdehem menahan geli hati melihat anak  teruna nya yang seorang lagi ni.

"Jom,Alia" Puan Nurin menggegam tangan Alia.Selepas itu barulah Alia ringan untuk melangkah bersama Mummy Rayyan.

       Fasya mencuit Adam yang sedang bersandar dengan kepala yang terdongak memandang siling. Adam menoleh ke arah Fasya..ye dia faham apa yang Fasya ingin ucapkan.Kemudian mata beralih ke arah Uzayr yang sedang duduk di bangku hospital dengan kepala yang tertunduk lemah,tangan pula menggenggam satu sama lain..rambut juga serabai...bahu yang baisanya gah,kini jatuh lemah.

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now