Penutup

247 19 4
                                    

Assalammualaikum semua readers saya!!!

Alhamdulillah...walaupun x de la sefamous cerita lain dan author lain..saya sangat menghargai setiap seorang daripada pembaca saya..lagi lagi ade yang siap mesej dan comment...saya sangat bersyukur kepada korang yang support....semoga rezeki saya berterusan dan semoga allah memberi saya ilham yang lebih kreativ daripada buku pertama.

Sejujurnya saya adalah budak asrama dan asrama saya dilarang membawa novel...tapi disebabkan saya tak boleh tinggal dunia khayalan..saya mula menulis bermula dengan cerpen cerpen menggunakan buku tulis senipis buku latihan sekolah pada umur 13 tahun..kemudian semakin berganjak umur saya...saya mula menulis novel yang sebetul betulnya novel menggunakan buku lig dan tulisan tangan saya sendiri. Buku pertama daripada tangan dan otak saya adalah tentang seorang ketua pengawas dan seorang pelajar baru, buku log yang digunakan waktu tu berjumlah 4 buku dan setiap buku mempunyai 400 muka surat. Semuanya saya tulis manual guna tangan. Jangan berharap saya akan publish buku tu kerana memang saya takkan publish. Cukuplah sekadar buat bacaan pelajar dan kawan kawan asrama saya....

Kemudian buku kedua saya pula tentang seorang gamers yang sangat famous tetapi merahsiakan identitinya. Heroin menanggung crush yang teruk...tanpa dia sedar itu sebenarnya musuh dia di sekolah. Cerita ini mempunyai senaskhah buku log yang juga mempunyai 400 muka surat.

Dan buku ketiga saya adalah tentang seorang lelaki dan perempuan yang sama sama belajar kos medik di Universiti. Masing masing mempunyai kumpulan kawan masing masing...buku ini juga menghabiskan 3 naskhah buku log dan setiap buku log berjumlah 400 muka surat kecuali buku log untuk yabg ketiga mempunyai 300 muka surat. Saya akan fikirkan untuk publish atau tidak...tetapi jangan letak harapan okie?

Dan seterusnya buku My Precious Blue Iris... baby wattpad saya yang pertama...alhamdulillah saya mempunyai keberanian untuk publish kali ini..semuanya daripada allah...semoga allah meluaskan lagi buku ini...semoga saya semakin berjaya...Buku ni sebenarnya 400 muka surat mengikut apa yang saya tulis guna tangan. Jangan risau..buku ni akan bersambung ke buku kedua...Cumanya mungkin mengambil masa sikit...tak selaju buku pertama ni.

Saya ambil masa setahun setengah menghabiskan setiap buku..ada yang hanya mengambil masa 6 bulan...Alhamdulillah buku ini yang mendapat rezeki untuk saya sebarkan kepada dunia selain kepada kawan kawan saya...

Terima kasih saya ucapkan kepada Allah...saya Bersyukur dengan setiap rezeki,saya bersyukur dengan keberanian dan semangat yang disalurkan kepada saya...Alhamdulillah.

Terima kasih kepada keluarga saya yang tidak pernah sekali pun merendahkan saya dan sentiasa menyokong hobi dan cita cita saya.

Terima kasih kepada kawan kawan saya yang sentiasa menyokong saya,memberi semangat kepada saya dan mereka penyebabnya saya mendapat keberanian untuk sebarkan buku saya kepada dunia. Mereka jugalah sumber idea saya dan merekalah penyokong saya paling setia...yang tidak pernah memungkiri janji mereka bahawa sekiranya saya benar benar sebarkan buku ini...mereka akan menyokong. ALHAMDULILLAH allah hantarkan mereka kepada saya....

Terima kasih kepada Katherine Humyra dan Tengku Izz Farhan kerana menjadi sebahagian daripada hidup saya...

Terima kasih kepada pembaca saya juga..sokongan kamu semua benar benar memberi impak yang besar dan saya juga mendapat semangat dan keberanian daripada pembaca saya...alhamdulillah...semoga secebis idea minda saya dpt mewarnai hidup kamu semua...jangan pernah lupakan Farhan ye...

Itu sahaja daripada saya

Oh yee!!!buat yang tertanya...username dan nama dibawah ini bukan nama sebenar saya ya!! Rose kerana saya benar benar sukakan rose...sampai gila...semua bau rose saya akan beki dan hidu...seolah olah khayal...Jelita pula atas sebab semua pembaca saya jelita semuanya...jelita adalah satu tanda penghargaan bagi pembaca saya..ikhlas daripada hati

Yang benar,
Rose Jelita

Precious Blue Iris (Completed)Where stories live. Discover now